Cara Semak Serta Tebus BPN 2.0 Bagi Penerima Fasa 2 Dan Baru


Panduan ini adalah untuk penerima BPN 2.0 fasa 2 atau penerima baharu yang gagal dikreditkan ke akaun bank atau yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat segelintir penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran BPN 2.0 serta terdapat penerima yang gagal menerima bayaran walaupun memiliki akaum bank.

Peringatan : Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran tunai.

Nombor Baucar/Siri BPN 2.0

Nombor baucar ini adalah kepada sesiapa yang tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran. Selain itu, ia juga kepada penerima yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima pembayaran.

Oleh itu, anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Semakan Nombor Baucar/Siri

  1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan CAPTCHA. Klik 'SEMAK'
  3. Anda perlu putarkan skrin secara melintang (rotate screen) atau aktifkan desktop site di bahagian settings Chrome / Opera Mini / Safari dan lain-lain sekiranya cara putarkan skrin tidak berjaya. 
  4. Nombor baucar/siri akan dinyatakan di kolum 'Nombor Siri'
  5. Nombor Siri akan dipaparkan.

Contoh Nombor Baucar/Siri


Cara Penebusan
  • Penerima boleh hadir ke kaunter  BSN setelah nombor siri wujud pada paparan MAKLUMAT PEMBAYARAN (seperti contoh di atas).
  • Anda boleh menerima pembayaran tunai bermula 25 October (Isnin) 2020.
  • Pembayaran tunai boleh dibuat dengan membawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri.

Waktu Operasi Kaunter BSN 


Cara Semak Serta Tebus BPN 2.0 Bagi Penerima Fasa 2 Dan Baru Cara Semak Serta Tebus BPN 2.0 Bagi Penerima Fasa 2 Dan Baru Reviewed by Admin Mikah on 1/28/2021 Rating: 5

6 ulasan:

  1. Harap GPK pon ade yg baucar tunai seperti bantuan kerajaan yg lain...

    BalasPadam
  2. Saya mahu di bantu kernah saya orang susa

    BalasPadam
  3. Knpe sy bpn guna baucer xkluar no siri lg

    BalasPadam
  4. Kalau x ada keluar no siri macam mana..sebab fasa pertama masuk akaun bank

    BalasPadam
  5. Sya p8n xde keluar no baucer...lgi mohon dipercepatkan lgi lh pengeluaran no baucer bpn sbb belanja seharian dah x de...apa lgi Sya ibu tunggal...hrpkn bantuan Jee...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.