Bantuan iSuri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka. Jumlah...
Bantuan iSuri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.
Jumlah Bantuan Keseluruhan
- Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
- Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
- Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
- Bantuan hilang upaya turut disediakan
Syarat Kelayakan iSuri KWSP
Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Siapa Yang Boleh Mencarum ?
- Suami bagi pasangan yang layak
- Diri sendiri (Isteri)
Borang Pendaftaran & Cara Permohonan
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:
- Borang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.
Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Pembayaran Caruman
Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Peringatan !
- Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)
Semakan Status Pedaftaran iSuri
- Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut -Semakan Online
- Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.
Di mana nak dapat 2 borang yg di perlukn kwsp?
BalasPadamSy dload borang kat atas tu ...klik je
PadamBorang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)..
Sy dload borang kat atas tu ...klik je
PadamBorang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)..
Bolek ke buat secara online utuk pertama kali daftar
BalasPadamBagai mana saya ibu tunggal yg hilang perkejaan dan hendak memohon dan bantuan ini.ekasih tak pernah mendafta.ada kah saya layak dan perlu buat pendaftaran ekasih
PadamMacamana nak daftar kali pertama dalam e- kasih
BalasPadamsedihnya sya status ibu tunggal anak 3..tapi pelik ekasih susah betul nak lulus..sya da 4 kali mohon tak juga lulus..sya golongn b40 knp susah sngt nak lulus ekasih sedihnya..
PadamBagaimana nak daftar ekasih.. Kalau memang ibu tunggal tapi tak ekasih hmmmm
BalasPadamBerapa tahun yg lalu saya ada pergi mendafta ekasih di pejabat daerah Kuching.kaki tangga pejabat pernah memberi saya satu jawapan tunggu mereka datang melawat sampai sekarang tak pernah datang walau sekali pun.
PadamMacammana nak daftar buat pertama kali ya
BalasPadamMacam mana nk daftar e kasih?? Kena pergi ke kwsp ke??
BalasPadamSaya pun nak tanya. Mcm mana nk daftar eh ?
PadamSaya dh ada akaun isuri. Camne nk dpt no acc utk transfer yg bulanan tu
BalasPadamSaya ada isuri bleh byr bsn x.
BalasPadamSaya baru nak mohon bantulah saya
BalasPadamMacammana
BalasPadamSy nak memohon isuri kwsp,masalahnya Sy perlu daftar ekasih terlebih dahulu,macam Mana Sy nak daftar dan ape yg perlu Sy buat?
BalasPadamKalau daftar online Ade tk utk pendaftaran pertama kali
BalasPadamAssalamualaikum,dh hmpir 4 thun sy tlah mndaftar e-kasih tp hingga kini sy x dpt sebarang kpastian.Apakah sy perlu mndaftar skali lg?Sy amat perlukn bntuan ini.Tk
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadamsaya nak tanye mcm mne klau nak daftar e-kasih...
Asalamualaikum sy nk tya nk daftar eKasih sy seirg balu
BalasPadamBoleh daftar online ke ni isuri e kasih bagai?
BalasPadamSaya nak mohon isuri
BalasPadamsaya belim daftar e-kasih lagi.macamana mau daftar e-kasih.harap dapat kerjasama.terima kasih.
BalasPadamSaya balu mau memohon ekasih tapi tidak tau macam mana....umur saya 62 tahun
BalasPadamMcm mana nak daftar ekasih ya?
BalasPadamSy nk cuba mohon untuk ibu sy..boleh tlg tak..ape keperluan yg perlu kita sediakan..
BalasPadamKlu Ada Ekasih mcmna tu...
BalasPadamMcm mana nak daftar e kasih? Boleh ke buat online saja. Tak faham siapa yg layak utk dapat bantuan ni dan tak faham apa mksud dapat rm40 dlm akaun.
BalasPadamSaya dah lama daftar ekasih.. Tp kenapa status masih dalam semakan?
BalasPadamkalau yg pernah dpt taun lepas kena isik borang lagi ke atau auto update
BalasPadamMacmaana hendak daftar ya bantulah saya seorang ibu tunggal yg hilang punca pendapatan
BalasPadamMacam mana nak mohon I-suri
BalasPadamMacam mn nk daftar eKasih ni.
BalasPadamMacamana nak daftar ekasih...saya ibu tunggal 4 anak.
BalasPadamMacammana nak daftar buat pertama kali
BalasPadam𝐲𝐚