PeKa B40 : Skim Peduli Kesihatan, Semak Kelayakan Anda

 


Apa Itu PeKa B40 ?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.

Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan ?

Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu 
  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) golongan B40 dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
Untuk makluman anda, tiada pendaftaran diperlukan kerana kelayakan adalah secara automatik mengikut data BSH

Anda boleh semak sama ada anda layak atau tidak, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan sahaja : Semakan Kelayakan PeKa B40

Kenapa PeKa B40 diwujudkan ?
  • Beban penyakit tidak berjangkit.
    • 47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
  • Kesihatan mental.
    • 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
  • Beban kanser.
    • Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah.
  • Rawatan kanser.
  • Kos alat perubatan.
  • Masalah pengangkutan.
Manfaat PeKa B40 

Manfaat 1: Saringan Kesihatan

Setiap penerima perlu menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 bagi mendapatkan ketiga-tiga manfaat lain.

Saringan kesihatan ini merangkumi:

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Melalui manfaat ini, PeKa B40 menyediakan bantuan sehingga RM20,000 bagi membeli alat-alat perubatan seperti:

  • tent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Saringan kesihatan ini boleh dibuat secara PERCUMA kecuali jika penerima bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Sekiranya penerima disahkan mengidap kanser, penerima akan menerima bayaran RM1,000 untuk melengkapkan pelan rawatan di hospital KKM.

Pembayaran dipecahkan kepada dua kali bayaran dan dibayar secara terus ke akaun penerima.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Dan menariknya di bawah program ini penerima akan menerima bantuan RM500 (Semenanjung) / RM1,000 (Sabah / Sarawak) bagi meringankan beban membayar kos perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Klinik PeKa B40

Sekiranya anda layak, berikut merupakan senarai klinik PeKa B40 yang akan tanggung anda.

Klinik ini merupakan klinik swasta yang terdapat di satu negara. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda berada di Sarawak atau di Sabah.

PeKa B40 : Skim Peduli Kesihatan, Semak Kelayakan Anda PeKa B40 : Skim Peduli Kesihatan, Semak Kelayakan Anda Reviewed by Admin Mikah on 1/31/2021 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Ada kah saya layak,Mohon pencerahan?

    BalasPadam
  2. Adakah saya layak, mohon pencerahan
    Ic nom 780909025518

    BalasPadam
  3. Adakah saya layak, mohon pencerahan
    Ic nom 780909025518

    BalasPadam
  4. Adakah saya layak, mohon pencerahan
    Ic nom:781030125520

    BalasPadam
  5. Suami sering berulang alik ke hospital Penang... Jadi kami perlukan perbelanjaan... boleh kan kami memohon

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.