Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) RM 600 Sebulan

 


Apakah Program Subsidi Upah (PSU) 3.0?

PSU 3.0 adalah sama seperti PSU 1.0 dan PSU 2.0 yang merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM 4,000 dan ke bawah

Tujuan PSU 

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.


Tarikh Permohonan

Permohonan PSU 3.0 telah bermula pada 1 Januari yang lalu manakala akan berakhir pada 1 Jun 2021.

Permohonan dibuka selama 6 bulan.

Kadar Bayaran PSU 3.0

Penerima yang layak akan dibayar RM 600 sebulan selama 6 bulan. Jumlah keseluruhan ialah RM 3,600 selama 6 bulan.

Syarat Kelayakan Dan Faedah PSU 3.0

Anda boleh rujuk syarat kelayakan serta faedah yang dipaparkan pada jadual di bawah 





Siapakah Yang Tidak Layak Memohon PSU 2.0

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT / atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  • Majikan yang tidak/belum berdaftar dengan LHDN.
  • Pekerja yang yang bergaji bulanan melebihi RM 4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  • Pekerja yang digajikan di bawah program Penjaya Kerjaya (Hiring Incentive)
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, PBT dan mereka yang bekerja sendiri iaitu yang tidak mempunyai majikan.
  • Pekerja asing, pegawai dagang
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan 

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Bussiness Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan pastikan No. BRN adalah tepat.
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akaun Pengisytiharan PSU 3.0.
Cara Permohonan PSU 3.0

MAJIKAN sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU di Portal PRIHATIN https://prihatin.perkeso.gov.my/ 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 
  • 1-300-22-8000
Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) RM 600 Sebulan Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) RM 600 Sebulan Reviewed by Admin Mikah on 2/13/2021 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Sapa kh yg layak trima subsidi ni..adakh UTK yg kerja kerajaan sahaja...MCM mn surirumah ibu tunggal boleh x memohon..tlg BG pencerahan ..terima kasih..assalammualaikum

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.