Jawatan Kosong PDRM 2021 : Konstabel Polis Gred YA1

 


Sukacita ingin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka peluang kerjaya atau jawatan kosong dalam badan perkhidmatan tersebut.

INFO JAWATAN KOSONG POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 2021

MAJIKAN : POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

JAWATAN KOSONGPENGAMBILAN KHAS BUKAN BUMIPUTERA BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI / WANITA)

TARIKH PERMOHONAN : 18 MAC SEHINGGA 31 MAC 2021

SYARAT KELAYAKAN JAWATAN :

Bagi pembaca yang berminat anda boleh rujuk maklumat jawatan di bawah :

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia; 
  •  Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online; 
  • Merupakan seorang bukan bumiputera (non bumi)
  • c) Kelayakan Akademik:
    •  i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00];
    •  dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau
    •  ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’),
    •  mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan Awam, Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau, Teknologi Kejuruteraan Marin atau 
    • iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01]
    • iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02]
  • d) Kelayakan fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg; 
  3.  Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 
  4.  Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  5.  Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan; 
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 
  7.  Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Cara Permohonan & Maklumat Lanjut

Anda boleh terus melayari portal rasmi e-pengambilan PDRM.
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi e-pengambilan PDRM : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
  • Anda boleh daftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah daftar. 
  • Sekiranya anda merupakan pemohon baru, anda boleh klik butang 'Pendaftaran Baru' dan isi segala butiran yang diminta.

Jawatan Kosong PDRM 2021 : Konstabel Polis Gred YA1 Jawatan Kosong PDRM 2021 : Konstabel Polis Gred YA1 Reviewed by Admin Mikah on 3/24/2021 Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.