Maksud Setiap Warna Pada Portal i-Sinar

 


Umum tahu bahawa pada 8 Mac merupakan tarikh penting kepada pencarum dan pemohon i-Sinar untuk membuat permohonan secara tanpa kriteria. Hal ini telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada 8 Mac, portal rasmi i-Sinar sudah boleh diakses oleh umum untuk membuat permohonan atau lain-lain perkara.

Tetapi pada portal tersebut, terdapat 4 elemen penting yang berbeza warna untuk para pemohon atau bakal pemohon.

Dibawah kami akan menerangkan secara ringkas supaya anda boleh faham.

Maksud Setiap Warna Pada Portal i-Sinar

1) Warna Oren


Elemen yang berwarna oren merupakan untuk permohonan baharu. Khas kepada bakal pemohon sahaja.

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda ingin membuat permohonan baharu, anda tidak perlu lagi untuk memasukkan dokumen sokongan seperti sebelum ini. 

Permohonan baharu ini dibuka selama lebih kurang 4 bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021. Jadi, anda tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan. Fikir secara rasional terlebih dahulu.

2. Warna Biru


Warna ini adalah untuk para pemohon membuat semakan status permohonan sama ada lulus atau gagal. Tapi jangan risau, permohonan anda semua akan lulus tidak lagi macam sebelum ini.

Jika, semakan status anda masih menyatakan 'sedang diproses' maka anda perlu tunggu sahaja dan tidak perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya lulus, tarikh pembayaran akan dipaparkan pada skrin anda.


3. Warna Ungu
Perkara ini adalah perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pemohon yang telah membuat kesilapan pada tempoh hari.

Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan 'tidak tarik habis' amaun pengeluaran pada tempoh hari.

Nota : Anda hanya dibenarkan untuk menukar amaun pengeluaran sebanyak sekali sahaja. Pastikan anda fikir secara rasional terlebih dahulu.

Panduan untuk tukar amaun boleh rujuk disini : Panduan


4. Warna Kelabu



Berikut ialah elemen untuk pembatalan pengeluaran i-Sinar. Hal ini sesuai kepada pencarum yang masih mempunyai pendapatan yang cukup atau pengeluaran i-Sinar untuk 3 bulan awal telah mencukupi. 

Jadi, anda juga boleh membuat pembatalan sekiranya duit i-Sinar tersebut amat penting atau mau disimpan untuk hari tua.





Maksud Setiap Warna Pada Portal i-Sinar Maksud Setiap Warna Pada Portal i-Sinar Reviewed by Admin Mikah on 3/10/2021 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Nak tye sape2 yg tahu di mane nak tgk anda print yjadual amaun tu

    BalasPadam
  2. Bila ye pembayran penukaran
    amaun

    BalasPadam
  3. Sya nk taw Mcmana kly sya dah tukar jumlah tp kna tungu 5 Hari berkerja...?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.