PEMERKASA : Bantuan RM 500 Seorang Mengikut Kelayakan

 


Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan satu pelan terbaru kepada rakyat untuk memastikan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau nama singkatan PEMERKASA. Pelan tersebut bernilai RM 20 billion dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM 11 billion.

Pelan kali ini menumpukan sebanyak 20 jenis bantuan untuk sentiasa membantu dan menyokong rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Salah satu bantuan yang menarik perhatian rakyat Malaysia ialah pemberian bantuan RM 500.

Bantuan RM 500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai RM 500.

Manakala penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM 1,000 akan menerima RM 500 juga setiap seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Jumlah Bantuan

Untuk bakal penerima golongan B40 dan penerima bantuan BPR berpendapatan RM 1000 ke bawah adalah berjumlah RM 500.

Kedua-dua jenis golongan diatas akan menerima bantuan RM 500 setiap seorang.

Tarikh Bayaran

Tarikh pembayaran RM 500 tersebut untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR mengikut kelayakan diatas dijangka akan dibayar bermula
  • Jun 2021
Cara Permohonan

Penerima yang bakal layak tidak perlu membuat permohonan. Hal ini kerana pembayaran bantuan akan dilaksanakan setelah pengesahan semakan pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)




PEMERKASA : Bantuan RM 500 Seorang Mengikut Kelayakan PEMERKASA : Bantuan RM 500 Seorang Mengikut Kelayakan Reviewed by Admin Mikah on 3/18/2021 Rating: 5

15 ulasan:

  1. laki pun sktg krja x tenty kjp trn krja kjp x..d sbb kan kompani mereka x jualan

    BalasPadam
  2. Tiada punca pendapatan bulanan sejak suami meninggal Jan 2021,tanggungan ada 5 org anak,3 org bsekolah,menengah 2 org rendah 1 org..2 org lg umur 5 taun n 6 bulan..survive dgn duit sedekah n sumbangan2 tuk arwah ..

    BalasPadam
  3. Macam mana, nak mohon ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bace lah betul2 sampai habis.luangkan masa baca Dan fahami.jgn mls nak bace Dan phmkn. Yg tahu duit laju je nak

      Padam
  4. Suami sy ppn x bekerja. Sy sorg je bkerja.. Kekadang tu, xcukup gak sbab nk bayar itu ini..

    BalasPadam
  5. Kan dah bgtu atas tu TAK PERLU MOHON, cuma tggu jer. Krajaan akan check status penerima sendiri. Krajaan nnt buat cross reference dgn KWSP, LHDN semua tu bgai.

    BalasPadam
  6. Xyah isi borang mohon dhh la..cuba baca btul2..lhdn yg semak silang kelayakkan semua yg hilang punca pndapatan mesti dapt bntuan ni

    BalasPadam
  7. Bukan ke kerajaan tetapkan had umur so bagaimana warga emas lebih dari 60 tahun

    BalasPadam
  8. Rajin rajinkan diri membaca dari mula hingga akhir dan fahami betul-betul apa yg dibaca tu...jika tak faham sila baca berulang kali jika tak faham rajin lah bertanya...jika sesudah membaca berulang kali dan bertanya pada kawan-kawan pun masih tak faham juga TAHNIAH anda seorang yang patut ikut anak atau budak-budak ke sekolah semula

    BalasPadam
  9. Suami saya bekerja seorang je... Saya tidak ada kerja Yang duduk di rumah... Mahu memohon macam mana?

    BalasPadam
  10. Hilang punca rezeki tanggung ank

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.