Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) Mulai 1 April

 


APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN 3.0?

Ramai lagi yang masih bingung atau tidak tahu mengenai GKP ini. Ada yang berpendapat GKP merupakan bantuan yang lebih BPN dan BPR. Tetapi sebernanya tidak sama sekali.
GKP ialah bantuan kewangan secara one-off  kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


Untuk pengetahuan anda, GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah dilaksanakan pada tahun 2020.

Jumlah Bantuan ?

Bantuan berjumlah RM 1,000 akan dibayar secara one-off

Semakan Status Kelayakan ?

Berikut merupakan syarat kelayakan GKP 3.0,sila baca dengan teliti
  1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Rayuan.
  2. Merupakan pemohon baru.
  3. Mestilah warganegara Malaysia
  4. Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM 300,000 dalam menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  5. Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Masih aktif menjalankan perniagaan
  7. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Tarikh Permohonan

Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.

Cara Permohonan
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/, bermula 1 April 2021.
  • Permohonan secara manual tidak dibuka.
Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) Mulai 1 April Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) Mulai 1 April Reviewed by Admin Mikah on 3/26/2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.