Senarai 20 Bantuan Pelan PEMERKASA


Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan satu pelan terbaru kepada rakyat untuk memastikan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau nama singkatan PEMERKASA. Pelan tersebut bernilai RM 20 billion dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM 11 billion.

Pelan kali ini menumpukan sebanyak 20 jenis bantuan untuk sentiasa membantu dan menyokong rakyat dan sektor yang masih terkesan.

20 Bantuan Pelan PEMERKASA

Berikut merupakan 20 jenis bantuan yang terdapat dalam PEMERKASA
  1. Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP) akan diteruskan.
  2. Perusahaan mikro dan PKS yang layak di bawah GKP 3.0 akan terima bantuan one-off RM 1,000.                                                                                                              
  3. Bantuan tunai one-off RM500 kepada B40 yang hilang pendapatan. Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR berpendapatan RM1,000 dan ke bawah     
  4. Kerajaan naikkan nilai kredit RM150 daripada RM100 melalui program eBelia                    
  5. Peruntukan program imunisasi dinaikkan kepada RM5 bilion percepat sasaran imunisasi kelompok pada Dis 2021. Lebih 300,000 rakyat telah menerima suntikan pertama vaksin setakat ini.                                                                                                   
  6. Kerajaan setuju beri potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 kepada pengilang, syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan sewa premis, asrama pekerja
  7. Kerajaan bersetuju menambah peruntukan projek berskala kecil tahun 2021 kepada RM5 bilion daripada RM2.5 bilion 
  8. Majikan laksana ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerja dibenar buat potongan cukai tambahan 
  9. Kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan tertumpu kepada kluster berkaitan
  10. Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc kebawah dapat pengecualian 100 duti eksais bermula 1 April
  11. Program Penjana Kerjaya 2.0 akan ditambah baik dengan perluas skop insentif pengambilan pekerja 
  12.  Lebih RM14.4 bilion telah disalurkan untuk biaya program subsidi upah sehingga 5 Mac PEMERKASA: Kerajaan peruntuk RM700 juta bagi Program Subsidi Upah 3.0 secara bersasar. 
  13. SSM setuju nilai ambang keberhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan kepada RM50,000 dari RM10,000. SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
  14. Kerajaan sedia benarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, perlukan sedikit masa
  15. Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit 
  16. Bantuan tunai one-off RM600 kepada pengusaha homestay yang daftar dengan MOTAC.
  17. Kerajaan sedia wujudkan laluan hijau khas bagi perjalanan sempadan pengangkutan udara
  18. Perkhidmatan 5G dijangka operasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
  19. Kerajaan akan menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran/MDG kepada RM500 ribu daripada RM300 ribu bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa
  20. Subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu RM300 untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah

Sumber: Bernama
Senarai 20 Bantuan Pelan PEMERKASA Senarai 20 Bantuan Pelan PEMERKASA Reviewed by Admin Mikah on 3/18/2021 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Bpr utk gologan bujang dapt x? Dapt rm500 ke rm1000? Xfhm lah

    BalasPadam
  2. Klu blh GKP 3.0 KERAJAAN JANGNLHA BG SYART SANGT.KESIAN YG XDPT GKP SEBLM NE.TQ

    BalasPadam
  3. bagi la peluang yg baru mohon ssm juga dpt bantuan GKP ,bagi kami perniaga baru peluang dpt modal untuk memula kan perniagaan.Jangam letak syarat. aslkan ada ssm.

    BalasPadam
  4. Sy baru je nk buat permohonan,tengok dh tutup,.sy xpernah buat permohonan ni,sy berniaga ada ssm,boleh le sy buat permohonan 1april21 ni,sebab sy xtahu ade bantuan ni dari awal smpai skg ni,mohon agar peniaga mcm sy dpat,

    BalasPadam
  5. Sy baru je nk buat permohonan,tengok dh tutup,.sy xpernah buat permohonan ni,sy berniaga ada ssm,boleh le sy buat permohonan 1april21 ni,sebab sy xtahu ade bantuan ni dari awal smpai skg ni,mohon agar peniaga mcm sy dpat,

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.