Sukacita ingin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka peluang kerjaya atau jawatan kosong dalam badan perkhidmatan te...
Sukacita ingin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka peluang kerjaya atau jawatan kosong dalam badan perkhidmatan tersebut.
INFO JAWATAN KOSONG POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 2021
MAJIKAN : POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
JAWATAN KOSONG: INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA)
TARIKH PERMOHONAN : 16 APRIL SEHINGGA 30 APRIL 2021
SYARAT KELAYAKAN JAWATAN :
Bagi pembaca yang berminat anda boleh rujuk maklumat jawatan di bawah :
- Terdiri dari Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online.
i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau
iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atauKelayakan fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
- Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Cara Permohonan & Maklumat Lanjut
Anda boleh terus melayari portal rasmi e-pengambilan PDRM.
- Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi e-pengambilan PDRM : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx
- Anda boleh daftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah daftar.
- Sekiranya anda merupakan pemohon baru, anda boleh klik butang 'Pendaftaran Baru' dan isi segala butiran yang diminta.
COMMENTS