Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2

 


Umum tahu, bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah dipercepatkan bermula pada penghujung Februari lalu. Hal ini adalah untuk membantu rakyat lebih-lebih lagi dalam pandemik Covid-19. Pembayaran Fasa 1 sepatutnya dijadualkan pada April ataupun Mei 2021.

Kini, penerima BPR sedang menunggu pembayaran BPR Fasa 2, setelah pembayaran Fasa 1 telah dikreditkan.

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Sama seperti pembayaran BPR Fasa 1, pembayaran Fasa 2 turut dipercepatkan. Setakat ini tiada pengumuman rasmi melibatkan tarikh pembayaran fasa 2.

Tetapi, jika ikut kenyataan Menteri Kewangan pada pembayaran BPR Fasa 1, dalam kenyataan beliau, ada menyebut bahawa pembayaran fasa 2 akan bermula pada Mei.

Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Bermakna pembayaran berkemungkinan akan dilakukan pada awal bulan Mei. Jika pembayaran dilakukan pada tarikh tersebut, para penerima akan terima wang tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada pertengahan Mei.

Buat masa ini, anda perlu sentiasa update berkenaan berita BPR ini.

Jumlah Bantuan BPR 2021 Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Kategori 1
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 2
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 3
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
  • Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke  bawah
  • Terbuka kepada bujang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Jumlah bantuan ialah RM 350 seorang

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 Reviewed by Admin Mikah on 4/11/2021 Rating: 5

6 ulasan:

  1. Permohonan saya belum di terima...dah lame saya mohon...jadi macam mane tu????

    BalasPadam
  2. sye dh kemaskini bpr tpi xdapat pon fasa 1 xdapat

    BalasPadam
  3. Kenapa saya rasa pendatan purata isi rmh saya di bawah 2000-1500 ,dari sebelum pkp hingga lah skrg yg hanya buat parti Time fnb,tk selalu dpt jobe,knpa saya dpt yg pendapatan di bawah 4000 ke bawah.saya ada bnyk keperluan ,ank suami sakit,kerja tk ttp.tlg lah saya

    BalasPadam
  4. tertunggu tunggu fasa 2 ..sbb bkn penerima fasa 1 .. kerja terjejas,bantu percepatkan lah ,dah ikut sop dah ni ,kena buang kerja time tine sekarang ,duit simpanan makin hbis

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.