Jumlah Pembayaran BPR Fasa 2 - Semak Sekarang

 


Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa 2 akan dibayar dalam waktu terdekat. Tetapi masih ramai diantara penerima yang masih bingung, keliru atau tidak tahu sama sekali jumlah yang bakal diterima untuk BPR fasa 2.

Oleh itu, kepada yang masih tidak tahu jumlah sebenar BPR fasa 2 boleh rujuk penulisan di bawah.

Mula-mula berikut merupakan jumlah keseluruhan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk fasa 1 sehingga fasa 3.

Jumlah Bantuan Keseluruhan BPR 2021 

Kategori 1
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

= Baki bantuan RM 900

Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

= Baki bantuan RM 1500

Kategori 2
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

= Baki bantuan RM 500

Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

=  Baki bantuan RM 900

Kategori 3
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

= Baki bantuan RM 200

Bantuan berjumlah RM 750 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak. Pembayaran fasa 1 RM 300.

= Baki bantuan RM 450

Kategori Bujang
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke  bawah
  • Jumlah bantuan ialah RM 350 seorang
  • Baki bayaran sebanyak RM 150 akan dibayar pada fasa 2
Anggaran Jumlah Pembayaran Fasa 2 Jika Jumlah Baki Dibahagikan Kepada Fasa 2 dan Fasa 3

Berikut merupakan jumlah pembayaran BPR fasa 2 seperti anggaran di atas mengikut kategori yang ditetapkan

Kategori 1
  • Bagi yang mempunyai 0-1 orang anak = RM 450
  • Bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak = RM 750
Kategori 2
  • Bagi yang mempunyai 0-1 orang anak = RM 250
  • Bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak = RM 450
Kategori 3
  • Bagi yang mempunyai 0-1 orang anak = RM 100
  • Bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak = RM 225


Jumlah Pembayaran BPR Fasa 2 - Semak Sekarang Jumlah Pembayaran BPR Fasa 2 - Semak Sekarang Reviewed by Admin Mikah on 5/03/2021 Rating: 5

6 ulasan:

  1. kalau berkeluarga 2 anak tapi fasa 1 dapat rm150 , berapa pula pembayaran fasa 2

    BalasPadam
  2. Kenapa duit bujang saya belum lagi masuk..sedangkan saya pernah mengemaskini untuk tahun ini..tak adil langsung..

    BalasPadam
  3. kenapa saya punya pembayaran BPR masih gunakan lg cara bayaran menggunakan baucar.saya sudah lama kemaskini menggunakan bank BSN.kenapa tak masuk duit bantuan terus ke bank BSN . terima kasih.

    BalasPadam
  4. Kalu status dalam proses dapat tak

    BalasPadam
  5. klo bujang for fasa one tak dpt utk fasa 2 ni sekaligus erk ..

    BalasPadam
  6. Selamat pagi,sya mau tanya klu penerima fasa 1 lulus,knapa fasa 2 x lulus blh bgi ulasan kh.?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.