Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet)

 




Program e-Belia atau lebih dikenali sebagai e-Wallet yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021, untuk 2 juta belia warganegara Malaysia.

Objektif

Tujuan utama program bantuan ini tidak lain dan tidak bukan untuk meringan beban kewangan golongan belia dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.

Jumlah Bantuan 

Sebelum ini RM 200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM 100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.

Tetapi, kerajaan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 100 secara one-off bermula 2021 kepada RM 150 setiap orang.

Penambahan berikut merupakan kali kedua dilakukan selepas penambahan RM 50 kepada RM 100 pada Januari lalu.

Ini bermaksud jumlah yang bakal diterima ialah 
  • RM 150
Tarikh Penebusan

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penebusan e-belia dibuka bermula :
  • 1 Jun 2021
Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet
Syarat kelayakannya ialah :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
  • Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
Cara Penebusan e-Belia
  • Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas iaitu BOOST, GRAB atau TOUCH N GO
  • Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
  • Mengisi segala butiran yang diperlukan.






Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet) Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet) Reviewed by Admin Mikah on 5/18/2021 Rating: 5

4 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.