Rakyat mohon kerajaan lanjutkan i-Sinar dan i-Lestari 2.0

 


Program i-Lestari yang telah dilancarkan pada Mei 2020 sangatlah membantu rakyat khususnya pencarum KWSP. 

Ia diumumkan sejurus setelah pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac tahun lalu. Manakala, i-Sinar pula diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada November lepas.

Pada awalnya, i-Sinar hanya diberikan kepada pencarum yang layak sahaja mengikut kelayakan yang tetapkan.

Namun, setelah ramai rakyat serta Ahli Parlimen memberikan pendapat kepada kerajaan agar meluluskan i-Sinar kepada seluruh pencarum tanpa syarat. Akhirnya, i-Sinar dibuka kepada seluruh pencarum bermula pada Mac 2021 lalu. Walaubagaimanapun i-Sinar bersyarat telah dilaksanakan bermula Januari lagi.

Tetapi, pembayaran i-Lestari telah tamat pada April lalu. Ini sejurus dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa i-Lestari hanya dilaksanakan selama setahun sahaja.

Manakala, i-Sinar juga sudah tiba ke penghujungnya. Jun merupakan bulan terakhir untuk i-Sinar.

Mohon Kerajaan Lanjutkan i-Sinar dan i-Lestari

PKP 3.0 telah diumumkan pada Mei. Tetapi sehingga hari ini tiada bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan sejak PKP 3.0 diumumkan.

Ramai rakyat yang menderita, ada yang dibuang kerja dan gaji hanya dibayar separuh.

i-Sinar dan i-Lestari harus dilanjutkan untuk membantu isi rumah atau bujang yang menghadapi masalah kewangan sewaktu PKP ini.

Rakyat amat berharap agak kerajaan melanjutkan semula i-Sinar dan i-Lestari ini. Boleh baca luahan rakyat pada imej di bawah






Rakyat mohon kerajaan lanjutkan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 Rakyat mohon kerajaan lanjutkan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 Reviewed by Admin Mikah on 5/19/2021 Rating: 5

13 ulasan:

  1. Demi kesejahteraan rakyat saya mohon isinar dan ilestari diteruskan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan hilang pendapatan akibat perlaksanaan pkp 3.0 . Mohon PM dan pihak kwsp beri perihatin

    BalasPadam
  2. Tolong la golongan b40 Macam kitaorang ini berperang dgn covid lagi berperang dengan kehidupan seharian. taraf hidup makin rendah.. prihatin pada rakyat yg memerlukan..cukup kurangkan beban kami sebagai rakyat..

    BalasPadam
  3. Saya juga terkesan akibat lockdown 2.0ini. Saya amat kecewa dengan kerajaan terkini kerana golongan B40 lebih merasa keperitannya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudah dibuang kerja, pada kali pertama saya mendapat BPR, tetapi tiba2 kali kedua, pihak LHDN mengatakan saya tidak layak. Sedangkan kenapa kali pertama dapat, dan kali kedua langsung dibatalkan permohonan saya. Jika PM atau menteri yang lain, tidak tahu mentadbir negara. Lebih baik dissrahkan kepada yang layak. Buat saya, PM ke 8 TIDAK LAYAK mentadbir negara Malaysia.

    BalasPadam
  4. Harap dpt dilanjutkan i sinar

    BalasPadam
  5. Please implement I-Sinar 2.0. It’s our money anyway !!

    BalasPadam
  6. Please implement I-Sinar 2.0. It’s our money anyway !!

    BalasPadam
  7. Please implement I-Sinar 2.0. It’s our money anyway !!

    BalasPadam
  8. Sangat setuju jika i sinar & i.Lestari disambung semula,kerana banyak rakyat sangat terkesan sebab semenjak pkp dilakukan kerana jangkitan virus covid19 semakin tinggi di Malaysia...100% setuju kerana kalau rakyat ada wang yang lebih untuk membeli keperluan harian di rumah,rakyat boleh 1 kali sahaja dalam sebulan membeli keperluan dapur untuk sebulan...jadi jika rakyat dapat kurangkan keluar berjalan susah untuk jangkitan virus Covid19 sebab kita dah kurang aktiviti sosial di luar....

    BalasPadam
  9. mohon lanjutkan i-sinar & i-lestari demi rakyat

    BalasPadam
  10. Betul๐Ÿ‘ I sinar perlu dilanjutkan demi rakyat Malaysia yang tercinta...hidup Malaysia๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  11. Lanjutkan I sinar Dan I lestari

    BalasPadam
  12. Sy setuju andainya i sinar @ i lestari d lanjutkan sehingga dicember (12) tahun 2021...sy berharap sangat2

    BalasPadam
  13. Sya ibu tunggal ank 3..Sejak PKp Sya hilang pekerjaan dn hilang punca pendapatan..Sya mohon sangat i sinar di teruskan bagi menampung kehidupan kehidupan seharian dan membayar segala hutang piutang

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.