Bantuan Zakat Kecemasan RM 500

 



Apakah Bantuan Zakat Kecemasan ?

Bantuan ini diberikan kepada masyarakat yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban orang awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0)

Bantuan ini akan diberikan kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan dalam tempoh PKP ini.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan akan disalurkan berjumlah
  • RM 500 kepada yang layak.
Untuk penerima Bantuan Kecemasan MAIWP 2.0 yang lalu, anda tidak perlu membuat permohonan kerana bantuan RM 500 akan disalurkan ke akaun anda secara automatik.

Syarat Kelayakan 
  1. Merupakan golongan B40  yang terjejas pendapatan
  2. Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja
  3. Pemohon haruslah bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
  4. Pemohon haruslah bukan penerima Bantuan Kecemasan MAIWP 2.0
Tarikh Pembayaran

Kepada penerima Bantuan Kecemasan MAIWP 2.0 yang lalu, bayaran akan dilaksana secara berperingkat bermula
  • 15 Jun sehingga 15 Julai
Manakala untuk permohonan baharu, tiada tarikh rasmi dikeluarkan untuk setakat ini.

Cara Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (Pemohon Baharu)

Permohonan baharu dibuka bermula 15 Jun yang lalu. 

  1. Permohonan boleh dibuat di portal rasmi MAIWP : https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/
  2. Sekiranya anda merupakan pengguna lama, sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan, tetapi sekiranya anda pengguna baharu sila klik disini untuk pendaftaran https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_form_add_users/
  3. Isi segala butiran yang diperlukan.
Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungai hotline berikut :

012-518 3614 / 012-512 7614 (Kuala Lumpur)
011-5946 6216 / 011-6303 8443 (Putrajaya)
013-851 6066 (Labuan)



Bantuan Zakat Kecemasan RM 500 Bantuan Zakat Kecemasan RM 500 Reviewed by Admin Mikah on 6/18/2021 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Update la pasal i sinar.....kwsp umum kan semula mana2 yg ada buat pengeluaran i sinar sebelum ni...maka ia layak untuk membuat pengeluaran mcm yg i sinar 1.0 yg lalu.....rakyat amat2 perlu kan duit i sinar untk hidup....tambahan pula mcm sy yg hilang pekerjaan ni......menteri kewangan tolong ambil perhatian sikit dengan keadaan kehidupan rakyat sekarang ni......mana2 yg ada buat pengeluaran i sinar sebelum ni...maka dengan automatiknye dia layak dan lulus...dan tunggu duit tu dikredit kan ke akaun masing2....

    BalasPadam
  2. Kenapa di Sabah sarAwAk tidak ada.sedangkan semua pun terkesan dgn pendamik covid 19 ni

    BalasPadam
  3. Kenapa duit zakat di beri kuala lumpur dan kawasan sana saja sedangkan seluruh Malaysia yg terjejas

    BalasPadam
  4. Dh Buad .. asik kena Buad berkali .. haree

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.