e-PAYROLL KWSP : Cara Mudah Untuk Rekod Gaji

 


KWSP telah memperkenalkan e-PAYROLL KWSP bagi memudahkan urusan penggajian yang diuruskan oleh para majikan.

e-PAYROLL KWSP 

e-Payroll ialah salah satu inisiatif  penambahbaikan ke atas i-Akaun Majikan untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara mudah.

Ini juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP

Fungsi e-PAYROLL 

Berikut merupakan fungsi utama e-Payroll :
  • Kemas kini gaji pekerja
  • Menjana slip gaji pekerja
  • Buat pembayaran caruman kepada KWSP
  • Hasilkan fail bank data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  • Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  • Hasilkan borang cukai pendapatan tahunan LHDNM
  • Buat potongan gaji kepada pihak ketiga seperti Tabung Haji, PTPTN dan Zakat
Kelebihan e-PAYROLL 

Berikut merupakan kelebihan yang dapat dikenal pasti, antaranya 
  1. Mudah diakses
  2. Pengiraan caruman secara automatik
  3. Dapatkan fail dengan cepat dan mudah
  4. Berdasarkan piawaian agensi berkanun seperti KWSP,PERKESO dan LHDNM
Semakan Syarat Kelayakan
  • Pengguna ialah majikan melalui i-Akaun majikan
  • Majikan sekurang-kurangnya memiliki satu pekerja yang berdaftar
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai e-Payroll KWSP, sila layari portal rasmi e-Payroll 
e-PAYROLL KWSP : Cara Mudah Untuk Rekod Gaji e-PAYROLL KWSP : Cara Mudah Untuk Rekod Gaji Reviewed by Admin Mikah on 6/22/2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.