Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan : Bantuan RM 1,500

 



Pada pengumuman bantuan khas untuk menghadapi PKP 3.0 atau 'total lockdown' yang dinamakan sebagai PEMERKASA PLUS, Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan tambahan kepada penerima Geran Khas Prihatin (GKP).

Walaupun pembayaran GKP 3.0 akan dilaksanakan pada Jun, kerajaan sekali lagi menambahkan jumlah bantuan kepada peniaga yang terjejas.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang diberikan untuk GKP 3.0 yang akan dibayar pada Jun ialah sebanyak
  • RM 1,000
Manakala bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah 
  • RM 500
Jumlah keseluruhan bantuan ialah sebanyak RM 1,500.

Tarikh Pembayaran 

Bantuan GKP 3.0 yang berjumlah RM 1,000 akan mula dibayar pada 
  • Jun (tiada tarikh rasmi)
Manakala bagi sebanyak RM 500 dibayar pada
  • Julai
Syarat Kelayakan GKP 3.0

Walaupun jumlah bantuan GKP 3.0  tidak sebanyak bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 tetapi bantuan ini dapat kepada semua penerima.
  • Sebelum ini, penerima GKP 1.0 tidak menerima GKP 2,0 tetapi untuk GKP 3.0 semua penerima GKP 1.0, 2.0 dan permohanan baharu yang lulus turut layak untuk dapat RM 1,500
Kepada permohonan baharu GKP 3.0 anda boleh buat semakan kelulusan melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).


Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan : Bantuan RM 1,500 Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan : Bantuan RM 1,500 Reviewed by Admin Mikah on 6/02/2021 Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.