KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000

 


Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emiritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.

Menurut beliau, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.

Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan dari mereka kurang daripada RM 1,000.

"Oleh itu, matlamat pengeluaran bagi i-Sinar dan i-Lestari 2.0 ini haruslah tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka , ia lebih memberi manfaat kepada golongan B40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan baki pinjaman yang ada" katanya.

Barjoyai menambah, jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, selain pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari dapat membanti rakyat untuk jangka masa yang pendek.

Malah, pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM 10,000 untuk semua ahli pasti mempunyai kesan positif untuk membantu ekonomi yang dikenali sebagai kesan pengganda.

"KWSP sudah mengeluarkan lebih RM 78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik."

"Ia dilihat dapat membantu dalam jangka masa pendek dimana penyimpan yang masih ada baki akan berpendapat bahawa ini merupakan satu peluang."

Sumber : Sinar Harian, XTRA

KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000 KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000 Reviewed by Admin Mikah on 6/23/2021 Rating: 5

48 ulasan:

  1. Berharap sangat dapat sambung lagi isinar dan ilestari.. Utk menampung kehidupan sekarang ni... Dengan suami pun dh tak blh kja sbb kilang tak buka, nak apply perkeso, pemerkasa ke apa smua tu sangat susah nk dapat sbb company suami tak ada potong epf,mana nak dapat duit utk bayar sewa rmh, kereta, sekolah ank, api air, susu ank blnja harian kalau suami tak blh pergi kerja kerana pkp lockdown ni... Kita tau dan paham demi kebaikan smua rakyat, tapi bagi kmi ni mana nak dapat duit.... Harap pertimbangkan lah......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sokong sebab saya pun sangat memerlukan

      Padam
    2. Betul tu keadaan saya pun sama suami tiada potongan EPF jd bila suami xbekerja semuanya saya yang tanggung

      Padam
    3. Saya pun berharap sangat i sinar n i lestari akan sambung lagi sebap memang terkesan anak sy umur 8bulan perlu susu kerna tk menyusu badan lagi,,

      Padam
    4. Setujuuu sangt².. sejak dari pkp yg pertama sampi skrg sy hilang perkerjaan dn masih belum dapt kerja yg bergaji tetap lg... Dan sejak itu jga sy menyara keluarga dgn bergantung pd duit i lestar dn i sinar utk menyara keluRga

      Padam
    5. Saya sangat sokong jika I Listari Dan I sinar Di sambung semula. Krna over time pun tiada sudah.. Lagi pun saya yg menanggung kekuarga

      Padam
  2. Sya skg tiada Keja dan tidak mempunyai pendapatan mohon pengeluaran di teruskan

    BalasPadam
  3. Sya berharap sgt kwsp dilanjutkn.sya dan suami dlm bidang perlancongan dan perhotelan.sejak dri mula lg dh terkesan.3.0 pkp.suami plk terkesan.kmi diberhentikn kerja srta merta.dan bkerja kmbli di psrya dan kmudian dibentikn plk kerja atas majikan nk kurang kn tenaga kerja.smga ada rezeki kmi dan ank2.kmi asal dari pulau langkwi.smga dipertimbangkn kwsp 2.0

    BalasPadam
  4. Saya berkerja sebagai seorang club dj sejak 32 tahun bidang music dan remixer ...sejak pkp covin19 in club tutup pada 12/2/2020 sampai la sekarang ini ...mana ada club bukak...dan Say A tidak berkerja selama setahun 8bulan ..cuba pikir apa nasib saya ...ingat klu sebelum hunung tahun ini kalau masih mcm ini saya tak tau la naaib saya ...rasa takut dah nak pikir hal ini hari hari ...harap Pham kerajaan cepat la dalam segala bantuan di percepatkan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut ketajaan dengar suara rakyat,,,dan beri kami perhatian penuh.kami sangat tertekan saatbini

      Padam
  5. Sy sgt berharap kwsp dpt mempertimbang pengeluaran utk menampung keperluan semasa utk byr sewa rumah,petrol dan servis keta yg di guna utk berkeja k

    BalasPadam
  6. Saya sokong... dan kerajaan harus pertimbangkan permohonan rakyat,bagi kami sangat perlu saat ini

    BalasPadam
  7. Saya berkerja sebagai seorang club dj sejak 32 tahun bidang music dan remixer ...sejak pkp covin19 in club tutup pada 12/2/2020 sampai la sekarang ini ...mana ada club bukak...dan Say A tidak berkerja selama setahun 8bulan ..cuba pikir apa nasib saya ...ingat klu sebelum hunung tahun ini kalau masih mcm ini saya tak tau la naaib saya ...rasa takut dah nak pikir hal ini hari hari ...harap Pham kerajaan cepat la dalam segala bantuan di percepatkan ...

    BalasPadam
  8. Mohon kebijakan kerajaan untuk mempertimbangkan dan meluluskan i-sinar 2.0 dan i leatari 2.0 demi kebaikan dan kebajikan kami rakyat yg sangat2 terjejas ekonomi di musim pandemik ini.. Harapan kami semoga pihak berwajib mendengar keluhan kami

    BalasPadam
  9. Harap kerajaan boleh keluarkan sekali gus secara one off agar kami dapat melaksanakan segala urusan kami,dan bukan dengan tertunggu2 dlm masa yg lama..kami perlu ada rumah untuk tempat kami berlindung walauun tidak sebarapa,tolong kami..kami sangat terdesak masa ini

    BalasPadam
  10. Jadi? Tunggu apa lagi? Pengumuman ini cuma baik dalam mengantung kenyataan TANPA KETELUSAN! BPR fasa1 dapat, Fasa-2 pula tidak lulus.... Kalau tak bantu diri melalui simpanan sendiri, apa nak menyusahkan lagi? Harap Kerajaan gagal setiap kali?

    BalasPadam
  11. Saya seorg ibu tiadak kerja tolong LA bagi duit kwf ��I tak mambu nak bayar sewa Rumah Saya

    BalasPadam
  12. minta jasa tuan yg berhormat semoga i sinar tanpa syarat diteruskan lg kerana kami amat memerlukan

    BalasPadam
  13. Ya I sinar sangat memerlukan pada masa ini... On-Off RM 10,000 bagi yg cukup dlm akaun dan org yg tak cukup duit dlm akaun nya.... bagi yg mereka.... bagi dlm perkiraan pro-rata.... Harap Kerajaan dan KWSP ambil tindakkan secepat..... Terima Kasih

    BalasPadam
  14. Ya I sinar sangat memerlukan pada masa ini... On-Off RM 10,000 bagi yg cukup dlm akaun dan org yg tak cukup duit dlm akaun nya.... bagi yg mereka.... bagi dlm perkiraan pro-rata.... Harap Kerajaan dan KWSP ambil tindakkan secepat..... Terima Kasih

    BalasPadam
  15. Bila kwsp on off d mulakan

    BalasPadam
  16. Insyaallah..pasti dpt i sinar n i lestari utk kali 2..

    BalasPadam
  17. Sebenarnya memang boleh je utk keluarkan duit kwsp tu cuma PM dan Menteri Kewangan tak benarkan seolah olah duit dlm tu milik mereka...ataupun mungkin ada udang disebalik batu...sebab kalau keluarkan duit EPF transaksi yg telus...berapa dikeluarkan dan berapa baki kami tahu dan ada penyata tetapi kalau duit BPR? ada tak sesiapa yg pantau...Fasa 2 hari tu ramai yg tak lulus tapi on record kalau tulis lulus ada tak siapa2 yg check?hmmm..

    BalasPadam
  18. mau minta sedekah sdh ni..kalau tak lulus

    BalasPadam
  19. I sinar bulan 6 masih x dapat lagi.. Ape cite.. Nk guna duit..duit x dapat lagi..geram pulak rasanya duit sendiri pun..

    BalasPadam
  20. Sya sokong jika bole dikeluarkan lagi..

    BalasPadam
  21. Berharap sangat di teruskan LG misi pengeluaran kwsp siri 2.0 🥺🥺🥺🙏🙏🙏

    BalasPadam
  22. Sy bguna duit tuh 100% kepada plan ekonomi ....untk mengada kan pekerjaan...mmg memerlukan modal bukan saja2...*pentenak ayam kampung*

    BalasPadam
  23. Sangat berharap boleh buat pengeluaran oneoff 10k..

    BalasPadam
  24. Smoga di permudahkan sgla urusan. Sya pun nak sngt pengekuaran tu. Bab nak bayar hutang kereta dll��

    BalasPadam
  25. saya sokong di sambung semula I sinar i lestari

    BalasPadam
  26. Bila boleh mula mohon Isinar 2.0 dgn ilestari 2.0

    BalasPadam
  27. Saya berharap sangat2 isinar 2.0 nie d teruskan..smpai skrg sy mac blum dpt pekerjaan tuk tampung kehidupan bersama isteri dan 4org anak..nk hrpkn bantuan one off dr kerajaan sabah pn xdpt..

    BalasPadam
  28. kalau dapat keluar alhamdulillah sangat2.sebab peniaga kecil macam saya.amat memerlukan.banyak modal yang diperlukan dan banyak modal juga nak dibayar pada pihak2 yang kita telah pinjam.sekurang2nya dapat meringan kan beban sikit..

    BalasPadam
  29. Saya pun berharapkan epf utk semua bayaran..
    Suami xkeje xde epf
    Untang bank semua tertungguk
    Sakit hati betul sejak pkp n mco noe

    BalasPadam
  30. Saya ibu yang tidak berkerja dan ibu tunggal.saya mempunyi 3 orang anak yang perlu saya tenggung...tolong lah sambungkan balik pengaluaran i sinar kami...itu duit kami,tolonglah,bagi saya peluang untuk sembung balik pengaluaran i sinar saya.saya amat tertekan saat ini

    BalasPadam
  31. Sy ibu tunggal anak 7..boleh kah sy membuat pengeluaran kwsp

    BalasPadam
  32. Saya tidak faham lah kenapa saya.tiada rekod dan bpr saya yang kali kedua tidak lulus saya seorg ibu tinggal 4 anak yg dicerai kn oleh si suami tanpa ada rekod dan tinggalkan sehingga sekarang tiada bantuan sesiapa selama ini saya bekerja tetapi dlm keadaan lock down ini sudah dua bulan saya tiada punca pendapatan.. saya tidak memahami kenapa susah sangat saya ingin membuat permohonan bantuan mana2 pihak secara online dan saya tidak menjumpai dimana saya perlu isi borang permohonan secara online disini sesiapa boleh bantu daya ...saya tidak faham kenapa permohonan saya di mySalam bila check status saya tidak layak padahal saya adalah seorang ibu tunggal yg telah kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh pkpd dan lock down dikawasan saya ini .....Allahuakhbar betapa susah nya disini.. saya tidak tahu dimana saya harus mengadu nasib saya ini dan dimana sesiapa yg dpt membantu saya utk berdaftar utk mendapatkan bantuan yang kerajaan Malaysia yang telah sediakan ini

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.