PEMULIH : Bantuan Geran Khas Prihatin RM 2,500

 


Pada pengumuman pelan PEMULIH isnin lalu, salah satu inisiatif yang dilancarkan oleh Perdana Menteri ialah pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0 atau GKP 4.0.

Pelaksanaan GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil terutamanya mereka yang masih belum dibenarkan beroperasi.

GKP 4.0

Memahami kesukaran yang dihadapi oleh PKS, sukacita diumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan kepada penerima layak.

Jumlah Bantuan

Perdana Menteri mengumumkan bahawa GKP 4.0 akan dibayar pada bulan September dan November.
  • Pembayaran adalah sebanyak RM 500 pada bulan September dan RM 500 pada November
  • Menjadi jumlah terkumpul ialah RM 1,000
Tetapi jika jumlah bayaran GKP 3.0 dan 4.0 digabung, jumlah keseluruhan ialah 
  • RM 2,500
  • GKP 3.0 berjumlah RM 1,000 telah mula dikreditkan pada Jun ini 
  • Manakala baki GKP 3.0 sebanyak RM 500 akan dikreditkan pada Julai
Syarat Kelayakan 

Tiada syarat kelayakan yang diperlukan setakat ini, pembayaran adalah secara automatik sekiranya anda merupan penerima GKP 3.0 dan lain-lain.

Permohonan Baharu GKP 4.0 ?

Permohonan baharu GKP 4.0 (mereka yang tidak menerima GKP sebelum) akan dibuka pada pertengahan Julai nanti.

Kerajaan berharap pelaksanaan GKP 4.0 ini mambu membantu peniaga yang terjejas terutama yang tidak dibenarkan untuk beroperasi.

PEMULIH : Bantuan Geran Khas Prihatin RM 2,500 PEMULIH : Bantuan Geran Khas Prihatin RM 2,500 Reviewed by Admin Mikah on 6/29/2021 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Sy bole Mohon 4.0 sy tidak pernah aply 1.0 Dan 2.0...3.0 sy aply tp tidak lulus sy ade lesen niaga Dan SSM ..to 3.0 tidak lulus...

    BalasPadam
  2. Minta sangat yang mana dapat bantuan GKP jangan batalkan bantuan BSH ini sangat mudaratkan untuk bantuan KERAJAAN yang lain.

    BalasPadam
  3. saya berharap kerajaan jgn batal BSH jika pasangan mendapat kelulusan GPK.kerana situasinya berbeza..GKP adalah bantuan untuk bantu para perniaga yang untuk meneruskan lg perniagaan mereka manakala BSH adalah bantuan utk rakyat yang mane boleh digunakan dalam membantu pasangan dalam perbelanjaan semasa.lebih2x lagi dalam keadaan sekarang yg mane anak-anak belajar dalam PDPR..tak semuanya berkemampuan..saya berharap agar kerajaan dapat meluluskan penenerima BSH walaupun pasangan lulus GKP..Kerana situasi berbeza..

    BalasPadam
  4. Tak ada lesen macam mana tapi berniaga?

    BalasPadam
  5. Salam Sejahtera.
    Saya belum terima lagi bantuan GKP.Kenapa Saya Tidak Layak ke ? Terima kasih

    BalasPadam
  6. Dari awal 1.0 hingg 4.0 tk penah dapat,bila mohon tidak lulus,sy ada ssm..knpe ye.. smpai skg sy dh tk berniaga sbb pkp ni..dh letih nk mohon lg, tidak lulus saja,ni dikatakan bantuan..

    BalasPadam
  7. Bila tarikh GKP 4.0 ni bukak

    BalasPadam
  8. Kenapalah tak faham faham apa permasalahan rakyat GPK untuk perniagaan bpr untuk keluarga dua bantuan yang berlainan cubalah kerajaan fikirkan sebelum ini dapat kami mengurus perniagaan dalam pkp ini sambil menolong serba sedikit bayar pekerja yang menolong kita meniaga dan menolong mereka cari pendapatan dan bpr pula untuk isi rumah kita anak anak isteri perbelanjaan keluarga punya sebelum ini saya dapat uruskan kewangan bila dapat GPK dan bpr kini dah lari bajet untuk meniaga dan keluarga fikir fikirkanlah

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.