Bantuan Khas RM 500 akan dibayar pada 27 Julai

 


Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, kebanyakan bantuan yang diumumkan akan dibayar pada Julai.

Antaranya termasuklah Bantuan Khas RM 500 kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan. 

TARIKH PEMBAYARAN

Info terbaru yang diterima oleh penulis ialah pembayaran Bantuan Khas tersebut ialah bermula 
  • 27 Julai ini
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tarikh pembayaran dipindah daripada perancangan asal yang dikatakan pemberian akan bermula pada 15 Julai.

KEPADA SIAPAKAH BANTUAN INI ?

Anda layak menerima bantuan tersebut sekiranya anda merupakan salah satu golongan di bawah.

Bantuan ini akan diberikan kepada pemain industri pengangkutan awam seperti :
  1. Pemandu teksi
  2. Pemandu bas sekolah
  3. e-hailing (Grab,Maxim dan lain-lain)
  4. Kereta sewa berdaftar
  5. Pemandu bas persiaran
  6. Pemandu pelancong
Menurut Menteri Pengangkutan, golongan tersebut sangat diberi perhatian khususnya ketika berdepan pandemik Covid-19.

JUMLAH BANTUAN ?

Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak 
  • RM 500
  • Pembayaran adalah secara one-off RM 500
Dijangkakan bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM 68 juta mampu memberi manfaat kepada 134,000 penerima berdaftar.

1. Sebanyak 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.
2. 40,000 pemandu teksi.
3. 17,000 pemandu pelancong
4. 11,000 pemandu bas sekolah
5. 4,000 pemandu bas persiaran

CARA PERMOHONAN 

Menurut portal rasmi APAD, 
  • Pemandu tidak perlu membuat sebarang permohonan. EHO menyediakan senarai nama pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO kepada Pemandu masing-masings.
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh terus rujuk laman web rasmi APAD. Pautan akan disertakan di bawah 
Bantuan Khas RM 500 akan dibayar pada 27 Julai Bantuan Khas RM 500 akan dibayar pada 27 Julai Reviewed by Admin Mikah on 7/18/2021 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Admin grup² Telegram bantuan kerajaan nie suka gimik lebih ingatkan persoalan die menyusahkan org2 yg sedia kesusahan..suspen lebih sangat,aku rasa lega skit bila dwngar 27hb ni 500 one off rupanya yg lain,tolong info tu bagi terang skit dh lah data prihatin nie 5gb sebulan xmemuaskan lag bila hujung2 je data..bengong punya admin mintak pemerkasa khas tu cepat dah tiga hari kehabisan sakuku..

    BalasPadam
  2. Biasa la diorang buka Porto ni pun dapat duit .

    BalasPadam
  3. bayaran bkc brpa haribln mula d byr,.ada info x

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.