Cara Mohon Bakul Prihatin Negara

 


Kolaborasi Kerajaan, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan sektor swasta untuk menyediakan bakul makanan kepada rakyat yang terjejas pada pandemik Covid-19.

TUJUAN PENGAGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

KELAYAKAN PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Tiada syarat kelayakan yang diberikan, semua rakyat Malaysia layak untuk membuat permohonan sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19 

SENARAI BARANGAN ASAS DI DALAM BAKUL PRIHATIN

Setiap bakul makanan yang bakal diberikan mempunyai 8 barangan asas penting seperti berikut :
  • Beras (5 kg)
  • Gula (1 kg)
  • Tepung (2 kg)
  • Bihun (400 mg)
  • Kicap (650 ml)
  • Sardin (230 gm)
  • Biskut
  • Kopi
CARA PERMOHONAN 

Permohonan boleh dilakukan menerusi empat kaedah seperti berikut : 
  1. Pemohon boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri atau
  2. Menghubungi talian kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-261 5999 atau
  3. Menghubungi mana-mana Media Sosial Rasmi KWSPKM/JKM atau
  4. Menghubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat (ADUN, PARLIMEN)
KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN

Berikut merupakan kaedah penyampaian bakul :

1) Pejabat Kebajikan Masyaratkan Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerah bakul kepada Skuad Prihatin Negara setelah mendapat butiran lanjut pemohon.

2) Seterusnya, pemohon yang layak akan menerima bakul dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Tetapi, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Hanya 1 bakul makanan sahaja untuk sebuah keluarga yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari portal rasmi JKM di :



Cara Mohon Bakul Prihatin Negara Cara Mohon Bakul Prihatin Negara Reviewed by Admin Mikah on 7/15/2021 Rating: 5

7 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.