i-Sinar Ogos telah mula dikreditkan

 


SIAPA YANG AKAN TERIMA i-SINAR OGOS ?

Ramai berkata bahawa i-Sinar sudah tamat. Tetapi perkara tersebut adalah tidak benar. 
  • Hal ini kerana masih terdapat pencarum yang baru sahaja memohon atau pembayaran belum mencapai 6 bulan.
Golongan seperti contoh di atas adalah antara penerima i-Sinar Ogos nanti. Tetapi i-Sinar anda telah tamat, jangan risau kerana i-Citra akan mula dibayar pada 2 Ogos nanti.


PEMBAYARAN BERMULA 26 Julai

Menurut info yang diterima daripada Facebook rasmi KWSP, pembayaran i-Sinar untuk bulan Ogos akan diawalkan bermula pada
  • 26-27 Julai
  • Pembayaran dilakukan hanya 2 hari sahaja
Anda akan menerima bayaran i-Sinar Ogos awal 3-4 hari daripada tarikh sebetulnya. Perkara ini adalah untuk memudahkan pihak KWSP bagi urusan i-Citra dan i-Sinar.

JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR OGOS

Pembayaran Ogos hanya akan dilakukan selama 2 hari sahaja. Berbeza daripada sebelum ini dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 10 hari pada bulan-bulan sebelum ini.

Oleh itu, kepada penerima i-Sinar anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran.
  • Jika pembayaran belum anda terima pada 26 Julai maka anda akan menerima pada 27 Julai (Selasa).
  • Tetapi jika terdapat kelambatan pembayaran melebihi tarikh yang diberikan, anda boleh menunggu sekitar 1-2 selepas itu atau menghubungi KWSP.
BUKTI PEMBAYARAN

Di bawah adalah bukti pembayaran di mana penerima i-Sinar Ogos telah menerima bayaran mereka. Rujuk :



i-Sinar Ogos telah mula dikreditkan i-Sinar Ogos telah mula dikreditkan Reviewed by Admin Mikah on 7/26/2021 Rating: 5

7 ulasan:

  1. Saya yang buln 7 isinar xdpt lagi

    BalasPadam
  2. Saya pown tak masuk lagi..ACC CIMB

    BalasPadam
  3. Adakah saya masih dapat lagi i sinar untuk bulan Ogos,, ,,

    BalasPadam
  4. Isinar utk julai belom masuk account lagi, klu isinar utk bln ogos diawalkan which mean double la masuk account kan? Atau macam mana ye

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.