Bantuan Khas Covid (BKC) akan diteruskan - Tengku Zafrul

 

APAKAH ITU BKC ?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan beban atau kos sara hidup rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun ini.

BKC ini diumumkan pada pengumuman pakej PEMULIH tempoh hari.

Bantuan yang diperuntukkan adalah sehingga RM 1,300 kepada yang layak mengikut syarat-syarat tertentu.


SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKC ?

Anda haruslah :
  • merupakan warganegara Malaysia
  • Kategori pendapatan : Miskin tegar / B40 / M40
  • Klasifikasi : Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN ?

Untuk pengetahuan anda, untuk BKC 
  • tiada permohonan diperlukan
  • Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Supaya anda faham lebih lanjut mengenai pengesahan penerima BKC, sila rujuk maklumat di bawah :

Jika anda kategori Miskin Tegar dan B40 : Data pengesahan akan melalui permohonan BPR 2021.

Tetapi, jika anda merupakan kategori M40 : Data pengesahan akan melalui rekod percukaian LHDNM.

BKC DITERUSKAN

Umum tahu, bahawa pembayaran BKC fasa 1sepatutnya bermula pada Ogos lalu. Namun, disebabkan krisis politik yang melanda negara dan pertukaran kerajaan menjadikan pembayaran BKC untuk bulan Ogos tergendala.

Ramai rakyat yang sangat memerlukan bantuan tersebut, namun disebabkan krisis politik yang berlaku, rakyat yang menjadi mangsa.

Tetapi, Kementerian Kewangan Malaysia memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan termasuklah BKC.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul ketika diminta mengulas mengenai keluhan orang ramai mengenai BKC yang sepatutnya diagihkan pada bulan Ogos.

"Mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini, ada lagi bantuan-bantuan dan semestinya ia diteruskan. Saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita.
Bantuan Khas Covid (BKC) akan diteruskan - Tengku Zafrul Bantuan Khas Covid (BKC) akan diteruskan - Tengku Zafrul Reviewed by Admin Mikah on 8/31/2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.