Bayaran i-Sinar September diawalkan bermula 26 Ogos

 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan tentang pembayaran i-Sinar bulan September melalui laman web Facebook rasmi mereka.

SIAPA YANG AKAN TERIMA i-SINAR OGOS ?

Ramai berkata bahawa i-Sinar sudah tamat. Tetapi perkara tersebut adalah tidak benar. 
  • Hal ini kerana masih terdapat pencarum yang baru sahaja memohon atau pembayaran belum mencapai 6 bulan.
Golongan seperti contoh di atas adalah antara penerima i-Sinar selain daripada bayaran i-Citra.


PEMBAYARAN BERMULA 26 OGOS

Menurut info yang diterima daripada Facebook rasmi KWSP, pembayaran i-Sinar untuk bulan Ogos akan diawalkan bermula pada
  • 26 Ogos
  • Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Anda akan menerima bayaran i-Sinar Ogos awal 3-4 hari daripada tarikh sebetulnya. Perkara ini adalah untuk memudahkan pihak KWSP bagi urusan i-Citra dan i-Sinar.

JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR OGOS

Pembayaran Ogos hanya akan dilakukan selama 1 hari sahaja tetapi secara berperingkat. Berbeza daripada sebelum ini dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 10 hari pada bulan-bulan sebelum ini.

Oleh itu, kepada penerima i-Sinar anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran.
  • Jika pembayaran belum anda terima pada 26 Ogos maka anda akan menerima pada 27 Ogos.
  • Tetapi jika terdapat kelambatan pembayaran melebihi tarikh yang diberikan, anda boleh menunggu sekitar 1-2 selepas itu atau menghubungi KWSP.
BUKTI PEMBAYARAN

Di bawah adalah bukti pembayaran di mana penerima i-Sinar Ogos telah menerima bayaran mereka. Rujuk :



Bayaran i-Sinar September diawalkan bermula 26 Ogos Bayaran i-Sinar September diawalkan bermula 26 Ogos Reviewed by Admin Mikah on 8/25/2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.