Permohonan Bantuan Khas Taska JKM RM 3,000

 


BANTUAN KHAS TASKA 

Tujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan Covid-19 yang dikeluarkan oleh MK

KADAR BANTUAN 

Bayaran bantuan kewangan khas adalah terbahagi seperti berikut :

i) bayaran RM 3,000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti dan

ii) bayaran RM 800 untuk TASKA di rumah

SYARAT KELAYAKAN TASKA 

Berikut merupakan kategori TASKA yang layak untuk memohon bantuan khas ini :

1) TASKA Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2) TASKA di Tempat Kerja
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3) TASKA Komuniti
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih 
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.
4) TASKA Rumah
  • Menerima 4 hingga 9 orang jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri
CARA PERMOHONAN

Berikut merupakan cara untuk pengusaha TASKA membuat permohonan :

i) Pengusaha TASKA perlu mendapatkan borang permohonan dan senarai semak                        permohonan daripada laman sesawang JKM : Borang Permohonan atau hadir ke                Pejabat Kebajikan Masyarakat / Daerah / Jajahan / Bahagian / Cawangan yang                      berdekatan.

ii) Pengusaha perlu kemas kini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak                      Kebangsaaan (NDCC).

iii) Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat              Kebajikan Masyarakat dan

iv) Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana                       dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan       / Bahagian / Cawangan yang terdekat.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan sudah dibuka bermula pada 
  • 19 Julai 2021 dan
akan ditutup pada 31 Ogos 2021 nanti.

CARA BAYARAN

Pembayaran bantuan khas TASKA ini akan menerusi pindahan wang secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi bilik gerakan JKM di talian 
  • 03-8323 1996 atau Talian Kasih di 15999


Permohonan Bantuan Khas Taska JKM RM 3,000 Permohonan Bantuan Khas Taska JKM RM 3,000 Reviewed by Admin Mikah on 8/04/2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.