Cara Tebus Nombor Baucar BKC Fasa 1

 


Panduan ini adalah untuk penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat segelintir penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran BKC Fasa 1.

Peringatan : Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran tunai.

Tarikh Penebusan Baucar

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berkaitan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC), penebusan boleh dibuat bermula

  • 6 September 2021 (Isnin)

Nombor Baucar Bantuan Khas Covid (BKC)

Nombor baucar ini adalah kepada sesiapa yang tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran. Selain itu, ia juga kepada penerima yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima pembayaran.

Oleh itu, anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Semakan Nombor Baucar/Siri

  1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN : https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan CAPTCHA. Klik 'SEMAK'
  3. Pergi ke Kolum Nombor Baucar/ Siri
  4. Nombor Baucar akan dipaparkan
Cara Penebusan

  • Penerima boleh hadir ke kaunter  BSN setelah nombor baucar wujud pada paparan 
  • Anda boleh menerima pembayaran tunai bermula September (Isnin) 2021.
  • Pembayaran tunai boleh dibuat dengan membawa Kad Pengenalan sahaja atau bersama nombor baucar
Cara Tebus Nombor Baucar BKC Fasa 1 Cara Tebus Nombor Baucar BKC Fasa 1 Reviewed by Admin Mikah on 9/07/2021 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Bntuan kewangn covid 19 kehilangan kerja

    BalasPadam
  2. betul ke BKC nie hanya dapat pada golongan yg lulus BPN sahaje??habis bagi golongan yg tak lulus BPN @ yg baru ingin buat rayuan nie TAK DAPAT ke??mane keadilan utk kami yg xdapat nie??kami bkn org senang,ada jugak diantara kami yg tak layak ini kehilangan kerja..ini bukan PRIHATIN nama nya kalau ade pilih layak @ tak layak. sebab penyakit COVID-19,TIDAK MEMILIH ORANG UNTUK DIJANGKITI.
    tolong CAKNA sikit tentang nie

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.