Jumlah antuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan mengikut jenis bantuan. Antara bantuan yang dinaikkan ialah Bantuan Kanak...
Jumlah antuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan mengikut jenis bantuan.
Antara bantuan yang dinaikkan ialah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang telah bermula pada awal tahun ini
Bantuan Kanak-Kanak
Jumlah bantuan lama :
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
- Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
- Maksimum RM 1,000 untuk 1 keluarga
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
- Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan
LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
- Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
- Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
- Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
- Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
- Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
- Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
- Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
- Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
X berkerja
BalasPadamutk permohonan bantuan kanak²..saya ibu tunggal kematian suami pada 21/1/21 yg lalu..saya ada anak 4 orang umur 15t,12t,7t dan 1t gaji saya rm2400 sebulan..kalau dulu semasa ada 2 org penjaga memang ya gaji saya banyak tapi sekarang hanya saya seorang mnjga 4 orang anak..saya ada hantar permohonan bantuan untuk ANAK² tetapi pihak jkm bukit mertajam pulau pinang cakap.saya tak layak sebab gaji saya melebihi garis panduan..utk seorang ibu tunggal menyara anak 4 orng yg masih bersekolah adakah anak² saya tidak layak menerima bantuan kanak² itu..mohon pencerahan..tima ksh
BalasPadam