Kerajaan Umum Bantuan RM 500 Sebulan

 


PENDAHULUAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima bantuan yang dimohon.

Sebagai contoh, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi seluruh golongan termasuklah kanak-kanak, warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Warga emas adalah golongan yang sepatutnya masyarakat hargai dan tolong. Oleh itu, warga emas atau orang tua merupakan antara golongan yang sentiasa diambil berat oleh pihak kerajaan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan adanya bantuan yang diberikan, sudah tentu akan meringankan beban warga tua lebih-lebih yang tinggal bersendirian tanpa keluarga disisi.

Oleh itu, mereka tidak perlu keluar untuk mencari wang untuk mengisi perut seharian.

JUMLAH BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Jumlah bantuan untuk kategori ini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Pembayaran bantuan untuk tahun 2021 adalah lebih tinggi berbanding 2020 lalu.

Hal ini kerana pihak kerajaan sudah membincangkan dan meluluskan penambahan bantuan bulanan untuk orang tua pada pembentangan Bajet 2021 lalu.

Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :

Penambahan bantuan daripada RM 350 kepada RM 500 kepada warga tua yang layak.
  • Penerima yang layak, anda akan menerima bantuan RM 500 setiap bulan atau RM 6,000 untuk setahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum membuat permohonan, berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan 
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Tinggal di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tidak tinggal di insitiusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebih Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut ialah panduan untuk anda membuat permohonan bantuan di atas

LANGKAH 1

1. Layari laman web JKM untuk pendaftaran ebantuanjkm.jkm.gov.my

2. Kik butang Daftar Permohonan Atas Talian

3. Anda atau wakil perlu isi dua bahagian iaitu A dan B

4. Setelah selesai, pastikan butiran yang diisi tepat seterusnya klik butang 'Keputusan'

LANGKAH 2

5. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat          yang anda sudah mohon dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan dalam talian     (LANGKAH 1)

6. Anda perlu hadir bersama borang permohonan yang anda boleh muat turun dan isi di           bawah 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Anda atau wakil haruslah membawa beberapa dokumen yang dikehendaki seperti di bawah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air atau bil elektrik
  • Apa-apa jenis dokumen yang anda rasa perlu dibawa

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Adakah saya layak menerima bantuan kerajaan rm500 sebulan..

    BalasPadam
  2. Dah dua bulan lebih menunggu keputusan adakah lulus ataupun tidak?? Masa itu makcik minta saya tolong dia memohon BOT,lepas itu saya pun terus buat memohon BOT dari JKM.Dah dua bulan tunggu belum ada apa2 berita keputusan jadi saya pun cuba telefon ke JKM untuk bertanya tetapi sangat susah nak dapat hubungi sebab PKP. Satu hari saya dapat hubungi pegawai JKM dan bertanya makcik saya keputusan permohonan lulus atau tidak? Semasa itu pegawai suruh saya telefon balik dalam 10minit. Akhirnya saya pun ikutlah lepas 10 minit call semula tetapi gagal hubungi. sampai sekarang masih tidak tahu jawapan lulus atau tidak? Semasa itu makcik saya pun kena Covid 19 virus.. Alhamdulillah makcik dah sembuh.

    BalasPadam
  3. Sekarang punya kerajaan sudah lain.,janji tak tentu bkc yg di bayar bulan 10 sampai sekrang pun belum ada

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,5,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,3,Bantuan,247,Bantuan Bukan Kerajaan,4,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,189,IPT,9,Jawatan Kosong,15,JKM,4,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,79,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,12,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,2,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Kerajaan Umum Bantuan RM 500 Sebulan
Kerajaan Umum Bantuan RM 500 Sebulan
Kerajaan umum bantuan RM 500 setiap bulan iaitu bantuan orang tua, warga emas RM 6000 setahun beserta syarat kelayakan dan panduan permohonan
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhs-t1T1PQBd1f8R7YbO63Z6XAvMmSZbc263qvA-lP_pOVNaLeXtYB8YkGSJkvklSG53mTc0s4CI_Xms4rRAL6pmkHLe4cWdhN3kQ_45EC3JYmEhYScYH3GYn2MBki29TGwmJSDQsYXR7siP5AOex7osZHQ4dj8T-AXMn4LHBLEHeMV9QDX1RZdQylA3A=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhs-t1T1PQBd1f8R7YbO63Z6XAvMmSZbc263qvA-lP_pOVNaLeXtYB8YkGSJkvklSG53mTc0s4CI_Xms4rRAL6pmkHLe4cWdhN3kQ_45EC3JYmEhYScYH3GYn2MBki29TGwmJSDQsYXR7siP5AOex7osZHQ4dj8T-AXMn4LHBLEHeMV9QDX1RZdQylA3A=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/bantuan-RM500-sebulan-jkm.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/bantuan-RM500-sebulan-jkm.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content