Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Bayar Rumah - Semak Sekarang !

 


Sebenarnya, banyak jenis pengeluaran wang KWSP yang anda boleh lakukan. Salah satu contoh pengeluaran KWSP contoh ialah mengeluarkan wang KWSP untuk bayaran bulanan rumah. 

Dengan langkah ini, pengeluaran wang KWSP untuk bayaran rumah akan membantu pencarum untuk mengurangkan komitmen bulanan mereka mengikut tempoh yang diingini.

Selain itu, anda tidak perlu untuk menunggu 55 tahun untuk membelanjakan wang KWSP anda.

Untuk pengeluaran wang KWSP, jumlah simpanan daripada Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan para pencarum selesai. 

JUMLAH PENGELUARAN WANG YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jumlah pengeluaran yang boleh dibuat. Jumlah pengeluaran ini adalah untuk pengeluaran bersama dan individi, sila rujuk :

  1. Jumlah baki pinjaman perumahan atau
  2. Kesemua simpanan dalam Akaun 2 KWSP atau
  3. Bayaran bulanan minimum RM 100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama enam bulan

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PENGELUARAN

Berikut ialah antara syarat kelayakan untuk pengeluaran wang KWSP untuk membayar bulanan rumah 
  1. Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Berumur 55 tahun dan ke bawah
  3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki simpanan Akaun 2 RM 600
  4. Membeli / membina rumah kediaman*
  5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
  6. Ansuran bulanan suda bermula
Info :
*Rumah kediaman haruslah jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio/apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

MAKLUMAT PENTING YANG ANDA PERLU TAHU

Sila baca dengan teliti maklumat di bawah
  • Pengeluaran terhad kepada satu rumah ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
  • Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  • Jika rumah dibiayai semula, pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama atau baki pinjaman terkini mengikut yang mana lebih rendah.
    • Jika lebih dari satu pemberi pinjaman yang terlibat, surat tebus hutang akan dibanding dengan baki terkini bagi amaun yang layak dikeluarkan.
    • Anda tidak layak memohon jika pinjaman asal telah selesai.
  • Bagi pinjaman perumahan yang tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan dibayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
  • Sekiranya semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.
  • Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh pembaaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
  • Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
  • KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual atau dipindah hak milik atau jika terdapat kesalahan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan mengenai permohonan pengeluaran KWSP

1. Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen - DOKUMEN (Pemohon Kaunter - bukan pemegang MyKad sahaja).

2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan pemegang Mykad sahaja).

3. Penyata baki pinjaman perumahan mengikut format KWSP - DOKUMEN atau penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA  (Tarikh penyata baki tidak melebihi 1 buan / 3 bulan (LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).

4. Perjanjian Jual Beli (S&P) / Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang gadai & surat hak milik) - jika makluamt di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.

5. Buku bank atau salinan penyata akaun bank

CARA BAYARAN

Berikut adalah cara bayaran untuk pengeluaran KWSP di atas. Bayaran pengeluaran KWSP untuk bayar bulanan terbahagi kepada 2 iaitu kredit terus dan cek jurubank.

1. Kredit terus
  • Bayaran bulanan dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan/semasa anda
  • Jika anda ada akaun simpanan yang aktif dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank, anda akan diberi cek jurubank ke akaun bank anda jika bayaran gagal
2. Cek jurubank
  • Bayaran bulanan akan dibuat melalui cek jurubank kepada alamat pemberi pinjaman yang tertera di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan.
  • Jika pinjaman anda berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL).

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000.


COMMENTS

Nama

Aeon,2,Agama,5,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,3,Bantuan,247,Bantuan Bukan Kerajaan,4,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,189,IPT,9,Jawatan Kosong,15,JKM,4,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,79,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,12,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,2,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Bayar Rumah - Semak Sekarang !
Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Bayar Rumah - Semak Sekarang !
Cara pengeluaran wang KWPS untuk bayar rumah sendiri beserta syarat kelayakan yang diperlukan
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhO3jhedgTA-yiKOK8JpSgPULv-5ocgQKoJlg8l6itR13VV4DZORoL7_nVu3uh_FnKSxOnCPRofCV9LL32A-VHW98GrKxQtcBiApKgTLGZ8ziI-ub04TmQ3Rxy5sOpLQeWSiW3qBPtENv9dr9Sa9GnWCLuxYvvQNDA37sQmTP73jmHgWQ_AZG9_9ddbLw=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhO3jhedgTA-yiKOK8JpSgPULv-5ocgQKoJlg8l6itR13VV4DZORoL7_nVu3uh_FnKSxOnCPRofCV9LL32A-VHW98GrKxQtcBiApKgTLGZ8ziI-ub04TmQ3Rxy5sOpLQeWSiW3qBPtENv9dr9Sa9GnWCLuxYvvQNDA37sQmTP73jmHgWQ_AZG9_9ddbLw=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/cara-pengeluaran-KWSP-untuk-bayar-rumah.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/cara-pengeluaran-KWSP-untuk-bayar-rumah.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content