Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Beli Rumah Baru - Semak Sekarang


 PENDAHULUAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Tapi walaupun sedemikian, KWSP turut menyediakan platform untuk para pencarum membuat pembelian rumah menggunakan wang simpanan KWSP mereka. Sedia maklum, rumah merupakan aset yang mempunyai susut nilai yang sangat lambat dan harga akan meningkat setiap tahun.

Oleh itu, anda boleh rujuk info penuh berkaitan cara pengeluaran wang KWSP untuk pembelian rumah di bawah.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk berjaya membuat permohonan :
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara
  • Ahli belum mencapai usia 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500)

SYARAT PENGELUARAN WANG

Berikut merupakan syarat pengeluaran simpanan KWSP yang ditetapkan oleh pihak KWSP :

1. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / 'studio apartment' / 'service department' / townhouse / SOHO / rumah kedai dengan rumah kediaman.

2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi atau dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :
  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau kes lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen
  • Syarikat insurans 
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh atau 
  • Secara tunai
3. Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej.

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :
  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau menbuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketigs
  • Membeli rumah di luar negara

AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN

Berikut ialah jumlah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli yang layak 

1. PEMBELIAN RUMAH OLEH INDIVIDU

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau
  • Semua simpanan Akaun 2

2. PEMBELIAN BERSAMA AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN

  • Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah atau
  • Semua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan

3. PINJAMAN PERUMAHAN 100%

  • 10% daripada harga rumah atau
  • Semua simpanan Akaun 2

4. PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI

  • Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah atau
  • Semua simpanan Akaun 2

CARA PERMOHONAN

Anda hanya perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan anda. Tetapi anda perlu hadir dengan beberapa dokumen yang diperlukan seperti di bawah ini :
  • Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5) - MUAT TURUN BORANG
  • Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)
  • Maklumat Akaun Bank 
  • Borang KWSP 3 (pindaan) - jika pengecaman cap jari gagal di kaunter atau permohonan melalui pos - MUAT TURUN BORANG
NOTA :
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen  tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap.

CARA BAYARAN

Berikut merupakan kaedah bayaran yang ditetapkan. Terdapat 2 kaedah yang boleh dibuat.

1. BAYARAN DALAM MALAYSIA

    
    Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun bank ahli dengan syarat
  • Ahli mempunyai akaun bank aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik 
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang RM
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank

2. BAYARAN LUAR MALAYSIA


   Bayaran adalah memalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :
  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalan borang permohonan dengan syarat matawang tersebut disenaraikan oleh KWPS bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing atau
  • Dalam matawang US DOLLAR Sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Xboleh...ade rekod dengan bank yg xbrapa cantik..sampai bila bila x di bgi nya

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,5,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,3,Bantuan,247,Bantuan Bukan Kerajaan,4,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,189,IPT,9,Jawatan Kosong,15,JKM,4,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,79,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,12,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,2,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Beli Rumah Baru - Semak Sekarang
Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Beli Rumah Baru - Semak Sekarang
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhNyPRivSIS4S0l5Sjaad_-odGByYQFoBqDaSikuYGGasuovPq11HFQ5Vas8DCjOAtNNE5J0n9Af5QSQex8P45LfN9m2F6tDYmoin8ByRYylHPqxE3hGjpkWqKvOFxwnOm4k3P5O4TopSAr6Zx-4UZITJi-aEHuzLnwU1hB_mcfkG3HaxEyREpEO9iwig=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhNyPRivSIS4S0l5Sjaad_-odGByYQFoBqDaSikuYGGasuovPq11HFQ5Vas8DCjOAtNNE5J0n9Af5QSQex8P45LfN9m2F6tDYmoin8ByRYylHPqxE3hGjpkWqKvOFxwnOm4k3P5O4TopSAr6Zx-4UZITJi-aEHuzLnwU1hB_mcfkG3HaxEyREpEO9iwig=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/cara-pengeluaran-KWSP-untuk-beli-rumah.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2021/11/cara-pengeluaran-KWSP-untuk-beli-rumah.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content