Kerajaan Wajar Pertimbang Pengeluaran RM 10,000 KWSP

Kerajaan Wajar Pertimbang Pengeluaran RM 10,000 KWSP serta dividen KWSP 2021, konsisten perjuangkan hak rakyat dan golongan terjejas

 


DIVIDEN KWSP 2021

Pengeluaran RM 10,000 secara one-off seharusnya tidak menjadi masalah jika benar khabar angin Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kira-kira lima hingga enam peratus bagi tahun kewangan 2021.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran RM 10,000 itu wajar dipertimbangkan kerana tidak akan menjejaskan simpanan masa depan pencarum serta pelaburan KWSP sendiri.

Menurut beliau, pihak KWSP dan kerajaan wajar pertimbangkan secara serius kerana dulu mereka memberikan alasan pengeluaran RM 10,000 one-off akan menjejaskan prestasi dividen pencarum tetapi apa yang kita lihat pelaburan KWSP tidak terjejas pun.

"Saya sendiri menjangkakan kalau pengeluaran kali terakhir ini dibuat, implikasinya hanya antara RM 25 hingga RM 30 bilion sahaja berbanding aset KWSP hampir 1 trilion dan sudah pasti tidak akan menjejaskan pasaran modal kalau itu yang diuar-uarkan sebelum ini.

KONSISTEN PERJUANGKAN HAK RAKYAT

Pihaknya akan terus konsisten memperjuangkan pengeluaran RM 10,000 KWSP secara sekali bayar bagi memastikan pencarum terutama yang terjejas akibat pandemik dapat meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya juga ada menyampaikan mesej mengenai hal ini kepada Menteri Kewangan supaya beliau mempertimbangkan.

"Kami juga tidak akan putus asa akan terus mendesak danmenuntut pengeluaran ini, supaya kerajaan mendengar rintihan rakyat yang hakikatnya sedang susah berhadapan komitmen hutang tertunggak dan bergelut meneruskan hidup mereka.

"Pengeluaran kali terakhir ini wajar kerana Seksyen 54 Akta KWSP di bawah sub-seksyen 54(k), 54(l) dan 54(m) menyebut pengeluaran KWSP boleh dibenarkan untuk kelangsungan hidup jika pencarum menghadapi masalah seperti terjejas Covid-19 ini," jelas beliau.

GOLONGAN TERJEJAS 

Tambah beliau, pengeluaran itu perlu dipertimbangkan berikutan kebanyakan golongan terjejas terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, swasta, tiada pendapatan tetap hingga terpaksa bergantung kepada pendapatan pasangan, simpanan dan berhutang.

"Contohnya saya ke Sabah baru-baru ini ramai pramugara beritahu jadual penerbangan tidak menentu dan mereka baru sahaja memulakan tugas bila penerbangan dibuka semula rata-ratanya terpaksa bergantung along dan bank sebab itu mereka perlukan wang sendiri.

"Mereka ini rata-ratanya mempunyai wang melebihi RM 100,000 dalam akaun KWSP masing-masing dan ini seiring dengan maklumat KWSP tentang 6.83 juta pencarum ada simpanan lebih RM 10,000.

COMMENTS

BLOGGER: 21
  1. Harap kerajaan dapat pertimbangkam permohonan raky

    BalasPadam
  2. As'kum wajar di pertimbangkan pengeluaran i-citra KWSP rm 10 k yg terakhir,rakyat sgt susah skrg,walaupun PM uar2 kan bantuan sana sini bkn smua lapisan masyarakat dpt bantuan.so admin bantu la kmi..t.ksi

    BalasPadam
  3. Saya meharap kan sangat 10k dapat keluar

    BalasPadam
  4. as salam ketua pemuda umno.klu takat sembang jer dari dulu mmg tk jadi,kena ada tindakan.pengeluaran kwsp skng ni bkn wajar tetapi mmg WAJIB bagi rakyat marhean yg amat memerlukan skng.pm pn dari umno apa ssh sngt nk bagi lulus,genting hong kong pinjam tanpa cagaran pn dpt,mcm mana dgn duit pekerja sendiri pula tk dpt.jgn byk sngt berpolitk.

    BalasPadam
  5. Minta kerajaan dapat keluarkan 10k

    BalasPadam
  6. kami nak 10k di laksanakn rakyat ramai memerlukan buat masa ini jangan pikir masa depan sahaja masa sekarang ni harus di pikirkan k sudah selesai baru lepastu pikir masa hadapan k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. selesaikan hal yg skrng dlu . Bru pkir yg masa dpn... Rakyat nk selesai mslh sndri masa skrng. Sgt² memerlukan... Hrp² nye drng tu pkir² la sama pasal hdup rakyat yg ssh skng ni

      Padam
  7. aku hilang kerja kena convid takda income

    BalasPadam
  8. Akibat kesulitan keuwangan sebagai kerja sendiri, saya terpaksa membuat pinjaman Dari along untuk meneruskan kelansungan hidup,meski pun saya tahu akibat Dan risiko,skrg along dh cari sbb tk mampu nk bayar balik pinjaman,bkn byk pun tak sampai seribu,boleh tak kiranya Di beri kelulusan untuk pengeluaran one off KWSP supaya saya dpt lunaskan hutang saya tu,..duit saya sendiri kan tu,!!!

    BalasPadam
  9. Bila boleh buat pengeluaran ini. Saya terdesak dengan hutang sampai nak bunuh diri.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...bantulah Kami rakyat yg sangat2 memerlukan pengeluaran Wang KWSP 10k one-off tu....saya amat memerlukan Wang itu sekarang utk membayar hutang dan membeli keperluan dapur serta ubat2an dan pampers juga sbb saya menyara kedua ibubapa yg sudah tua dan uzur serta bapa yg sedang sakit sekarang ini.....saya merayu bantulah Kami semua.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul².. kita sgt² memerlukan skrng ni... Berharap sgt² dpt pengeluaran 10k kwsp tu. Xtau mne nk cekau lg dh nk bayar utang, brg² dapor, susu anak...
      Kita² sama..

      Padam
  11. Tolong lah bg keliar 10k skali lg last pnya.. teruk sgt² dh ni . Utang² nk setel cmne xtau, mslh bnyk sgt kt rakyat² cm sy ni . Mmg perlu sgt² kwsp tu .. duit sndri, bkn duit org lain pn kn...

    BalasPadam
  12. bagi lah hak kami..rakyat yang menangung hutang skrg..lagi lagi saya kuarantin skrg tanpa gaji pulak nie..nak sara keluarga kalau tak cukup..fikir kan sikit..jgn pk ekonimi je..fikir hak rakyat sikit.

    BalasPadam
  13. 7 bulan dh x keje ditamatkan kontrak. Puas mohon sana sini msh menunggu panggilan. Simpanan pun habis utk belanja keperluan saje makan minum kos anak belajar x byr pun hutang pinjaman rumah kete personal. Anak 4 org msh belajar 2 kolej 2 sekolah. Harap pd pasangan bantu dgn gaji x smpi 2k. Bayangankan lah mcmne nk berjimat cermat lg. Luluskan lah pengeluaran kwsp 10k tu..at least dpt bantu beban kami. Stressssss.....para menteri para pegawai kanan gaji besar on time masuk relax je x fikir dh masalah rakyat mcm kami

    BalasPadam
  14. Ya...klu tak dapat rm1 k pun jadilah..untuk kelangsungan hidup...lagipun dunia akhir zaman takut tak sempat merasa duit sendiri..

    BalasPadam
  15. pgeluaran kwsp 10k secara one of
    harus dteruskan
    demi meneruskan klangsungan hidup rkyat yg semakin trtekan

    BalasPadam
  16. .dan semoga Allah selamatkn kamu...Aaminn Ya RobbalAalaminn..

    BalasPadam
  17. bagi la duit kwsp tu pada rakyat yg sedang susa skg ni lagi pun itu kan duit rakyat sendiri napa susa sa gat nak bagi

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,6,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,6,Bantuan,372,Bantuan Bukan Kerajaan,4,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,268,IPT,9,JaminKerja,1,Jawatan Kosong,18,JKM,5,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,82,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,14,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,1,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Kerajaan Wajar Pertimbang Pengeluaran RM 10,000 KWSP
Kerajaan Wajar Pertimbang Pengeluaran RM 10,000 KWSP
Kerajaan Wajar Pertimbang Pengeluaran RM 10,000 KWSP serta dividen KWSP 2021, konsisten perjuangkan hak rakyat dan golongan terjejas
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjZZ6O3YpKFHvWD7S5O0EWv7wyv3yqt_qwu1h19rKdt4z2xZHFD3oR88ZYxdc_3Q-E6fDAeGWUqOFkgNwycLi7SBC9jRwIy_kT5swFBoGUyMN2GSQ5n2szH_fv_isvlXpBv1sOWXUzAVG2FtpPgaVewi4hVM6BPEqvp8YckCR7pzTfeVJQDrlyk2vEsEA=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjZZ6O3YpKFHvWD7S5O0EWv7wyv3yqt_qwu1h19rKdt4z2xZHFD3oR88ZYxdc_3Q-E6fDAeGWUqOFkgNwycLi7SBC9jRwIy_kT5swFBoGUyMN2GSQ5n2szH_fv_isvlXpBv1sOWXUzAVG2FtpPgaVewi4hVM6BPEqvp8YckCR7pzTfeVJQDrlyk2vEsEA=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/pengeluaran-rm-10000-kwsp.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/pengeluaran-rm-10000-kwsp.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content