Rasmi : Bantuan Kewangan RM 500 Setiap Bulan

Rasmi : Bantuan Kewangan RM 500 setiap bulan serta bantuan warga emas, jumlah bantuan, syarat kelayakan, cara untuk mohon dan senarai dokumen

 


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat berteraskan perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai jenis bantuan JKM yang telah disalurkan kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak.

Sebagai contoh, bantuan terdiri daripada bantuan kanak-kanak, orang kurang upaya dan lain-lain.

Terdapat sebuah bantuan yang diberikan RM 500 setiap bulan jika layak. Sila rujuk info penuh di bawah.


BANTUAN WARGA EMAS

Golongan warga emas merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh pihak kerajaan. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada golongan tersebut termasuklah bantuan bulanan RM 500 ini.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan semasa tanpa perlu pergi keluar mencari rezeki lagi.

JUMLAH BANTUAN

Penambahan jumlah bantuan telah dinaikkan bermula awal 2021 lagi. Ini bermaksud, bermula 2021, jumlah bayaran bantuan adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Penambahan bantuan RM 350 dinaikkan kepada
  • RM 500 sebulan untuk seorang

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk membuat permohonan 
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas / pemohon tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebihi PGK Purata Miskin Isi rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita

CARA UNTUK MOHON

LANGKAH 1 - SECARA ONLINE

1. Layari laman web rasmi JKM disini
2. Tekan 'Daftar Permohonan Atas Talian'

3. Isi kedua-dua bahagian A dan B

4. Pastikan butiran yang diisi sahih dan klik 'Keputusan'

LANGKAH 2 

1. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan

2. Hadir selewat-lewatnya 14 hari daripada permohonan online (Langkah 1)

3. Hadir bersama beberapa borang dan dokumen penting

SENARAI DOKUMEN

Anda perlu hadir bersama beberapa borang dan dokumen yang diperlukan termasuklah :

1. Borang Permohonan - MUAT TURUN DAN CETAK

2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama

3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan penyata pendapatan 

4. Mana-mana bil utiliti seperti bil elektrik, bil air dan lain-lain yang menunjukkan alamat tempat tinggal

5. Mana-mana dokumen tambah yang perlu dibawa

COMMENTS

BLOGGER: 8
  1. Bantuan tu adakah ia benar @ menyedapkan hati rakyat sahaja???? Bantuan sebelum ni PON x masuk lagi daa

    BalasPadam
  2. Ya betul bkc dn bpr tahun lepas xmasok pon

    BalasPadam
  3. Ramai warga mas Maseh menuggu.mengharap bantuan yg d janji kan.x simpati ke.tolg lh usaha kan Merka tiada tenpat menyadu

    BalasPadam
  4. Dah 60 thn keatas mana nak datangnya 'Salinan penyata pendapatan atau surat akuan penyata pendapatan'.? Apa maksud 'Mana-mana dokumen tambah yang perlu dibawa'? Dokumen apa.? Admin tolong jawab.?

    BalasPadam
  5. Betul ke tidak bantuan tambahan icitra rm 10k ni... Atau saja cakap nak bagi hati rakyat seronok saja....

    BalasPadam
  6. Betul ke bantuan tambahan icitra rm 10k ni ada atau tidak...atau tidak wujud saja sembang nak bagi hati rakyat seronok..

    BalasPadam
  7. Macam mana mahu tuntut bantuan kerajaan yang belum ditunaikan Kerena bantuan tidak dimasukkan dalam akaun bank penerima tapi harus ditunaikan di kaunter bank nasional?(BSN)
    Contoh: Bantuan Prihatin Sabah yang sudah dilakasanakan 3 kali.Semua belum diterima atau ditunaikan.Tunai di Kaunter BSN.Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  8. Rase nye PM skrg umpama lak turut, yg tiada alternatif sendiri utk bantu rakyat. Ada someone dibelakang nya yg sentiasa beri arahan.... Udah2 lah tu Sabri, klu rase2 tak boleh undur diri dan tak perlu nak susahkan rakyat yg mmg dah pun susah..

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,6,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,8,Bantuan,526,Bantuan Bukan Kerajaan,7,Belanjawan 2021,15,BKM,8,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,289,IPT,9,JaminKerja,1,Jawatan Kosong,18,JKM,7,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,82,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,17,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,1,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,36,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Rasmi : Bantuan Kewangan RM 500 Setiap Bulan
Rasmi : Bantuan Kewangan RM 500 Setiap Bulan
Rasmi : Bantuan Kewangan RM 500 setiap bulan serta bantuan warga emas, jumlah bantuan, syarat kelayakan, cara untuk mohon dan senarai dokumen
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjS-LEk04pGmD5XOvbUxWtiYANNM_3uDyOwcVWjsOP8oGdffAlJ1m6azNViEC8wqaJawOP3r9zkLYoDVOvg1i51wO1Bfcyzh3qlAxxFfZ60RLNykjPJBpujJIRR5AgxSzs6wH_3gNkp7oW1N9dCwKILTFPZuu8IbeQT1S7CRqmYqtBycvbo03m66VEuYQ=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjS-LEk04pGmD5XOvbUxWtiYANNM_3uDyOwcVWjsOP8oGdffAlJ1m6azNViEC8wqaJawOP3r9zkLYoDVOvg1i51wO1Bfcyzh3qlAxxFfZ60RLNykjPJBpujJIRR5AgxSzs6wH_3gNkp7oW1N9dCwKILTFPZuu8IbeQT1S7CRqmYqtBycvbo03m66VEuYQ=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/rasmi-bantuan-kewangan-rm-500.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/rasmi-bantuan-kewangan-rm-500.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content