Senarai Bantuan Yang Akan Dibayar Pada Bulan Mac Ini

Senarai bantuan pada bulan Mac ini serta Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), status kelulusan, jumlah bantuan, anggaran tarikh bayaran, JKM, MYSALAM

 

BANTUAN PADA BULAN MAC


BANTUAN PADA BULAN MAC

Nampaknya, bulan Mac telah menjelma. Sedia maklum, bulan ketiga tersebut sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia disebabkan terdapat sebuah pembayaran bantuan yang telah diumumkan.

Selain itu, terdapat juga bantuan lain yang turut akan dibayar pada bulan Mac ini. Untuk mengetahui apakah bantuan tersebut, sila baca penulisan ini sehingga habis.

1. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Ya, memang betul. Pembayaran BKM 2022 adalah sangat dinantikan oleh para penerima dan pemohon. Pengumuman pembayaran ini telah diumumkan sejak Januari lepas lagi dimana pembayaran Fasa 1 akan bermula
  • Mac 2022

1.1 STATUS KELULUSAN

Walau bagaimanapun, status kelulusan akan dikeluarkan beberapa hari sebelum tarikh pembayaran jika diikuti seperti pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang lepas. 

Semakan kelulusan boleh dibuat melalui portal rasmi BKM. Pihak kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat tarikh semakan boleh dibuat.

1.2 JUMLAH BANTUAN

Untuk pembayaran BKM secara menyeluruh adalah maksimum RM 2,500 untuk satu isi rumah jika menerima Bantuan Tambahan BKM.

Jika tidak menerima Bantuan Tambahan BKM, jumlah maksimum adalah RM 2,000 untuk Isi Rumah B40 yang mempunyai anak 3 dan ke atas.

Manakala untuk kategori bujang, pembayaran bantuan adalah RM 350 sahaja dan untuk Warga Emas atau Tiada Pasangan adalah berjumlah RM 600.

1.3 ANGGARAN TARIKH BAYARAN

Untuk setakat ini, tiada tarikh pembayaran Fasa 1 BKM diumumkan setakat ini. Tetapi jika diikutkan dengan pembayaran BPR dan BKC 2021 yang lepas, pembayaran dilaksanakan pada minggu terakhir bulan.

Tetapi, untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pihak kerajaan mengawalkan pembayaran bantuan iaitu pada minggu pertama Mac ini. 

Hal ini kerana, rakyat sangat memerlukan wang tersebut walaupun tak banyak tapi mampu membantu mereka yang sangat berkeperluan tambahan pula pada musim banjir ini.

2. BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Pembayaran bantuan bulanan JKM ini sentiasa dilaksanakan setiap bulan kepada rakyat yang layak. 

2.1 JENIS BANTUAN

Di bawah skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini, terdapat 9 jenis bantuan yang ditawarkan oleh pihak JKM termasuklah
  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Am Permohonan
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
  • Bantuan Latihan Perantis

2.2 JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan adalah berbeza untuk setiap jenis bantuan bulanan yang anda layak. Sebagai contoh, untuk Bantuan Orang Tua (BOT) bantuan bulanan adalah berjumlah RM 500 seorang.

Manakala, Bantuan Kanak-Kanak maksimum RM 1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

2.3 TARIKH BAYARAN

Pembayaran dianggarkan bermula pada 9 Mac ini.

3. MYSALAM

Sedia maklum, MySalam bukanlah bantuan bulanan ataupun bantuan yang akan dibayar pada Mac tetapi bantuan yang akan dibayar bila-bila masa sekiranya anda layak.

Sekiranya anda layak menerima pada bulan Mac, maka pembayaran akan dibuat pada Mac juga.

3.1 JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan adalah maksimum RM 8,000 setahun mengikut jenis penyakit anda atau RM 700 setahun mengikut kelayakan anda.

3.2 INFO LANJUT

Untuk mengetahui info lanjut agar anda tidak keliru, anda boleh rujuk disini mengenai MySalam secara lebih terperinci : SKIM MYSALAM 2022

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan yang akan dibayar pada bulan Mac tetapi untuk bantuan yang ramai orang terima adalah seperti di atas.

Rakyat Malaysia sentiasa menantikan skim bantuan yang diberikan daripada pihak kerajaan untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup. Diharapkan pihak kerajaan dan ahli parlimen sentiasa ambil berat kepada rakyat setiap masa, bukan sahaja ketika pilihan raya baru ingin mendekati rakyat.

Manakala, mengenai isu KWSP RM 10,000 yang kian kabur. Diharapkan pihak kerajaan memikirkan MENGENAI perkara sedemikian. Jika tidak boleh pengeluaran sekali-gus, buatlah pengeluaran KWSP seperti i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar yang lepas. 

COMMENTS

BLOGGER: 2
  1. saya hairan kenapa saya tak dapat Dan Tidak di terima untuk dapatdan tidak lulus terima Wang bantuan dari kerajaan. Maksud saya Bantuan. BKC. Tak dapat. BPn. BPR. Apa kah saya ini bukan Rakyat malaysia.

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,6,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,8,Bantuan,526,Bantuan Bukan Kerajaan,7,Belanjawan 2021,15,BKM,8,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,289,IPT,9,JaminKerja,1,Jawatan Kosong,18,JKM,7,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,82,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,17,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,1,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,36,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Senarai Bantuan Yang Akan Dibayar Pada Bulan Mac Ini
Senarai Bantuan Yang Akan Dibayar Pada Bulan Mac Ini
Senarai bantuan pada bulan Mac ini serta Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), status kelulusan, jumlah bantuan, anggaran tarikh bayaran, JKM, MYSALAM
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgmZFJZ53Ia0nO-5qDnC0K4K7w6jC60N3xbH3HoofcfaVfcEJHrJKV3MO3jPG8OlBYLy4vNi6_ZgyTkIdCYzaUn4ZvGHw4RHKQGoIq9iCchXcuc15Cu94FAwC83vXoq_fMYlWszPNwoWQFAuCqJ7ZBNi7bYo53HyCsrYDbs33H4LN5k21JghA1f525EJQ=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEgmZFJZ53Ia0nO-5qDnC0K4K7w6jC60N3xbH3HoofcfaVfcEJHrJKV3MO3jPG8OlBYLy4vNi6_ZgyTkIdCYzaUn4ZvGHw4RHKQGoIq9iCchXcuc15Cu94FAwC83vXoq_fMYlWszPNwoWQFAuCqJ7ZBNi7bYo53HyCsrYDbs33H4LN5k21JghA1f525EJQ=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/senarai-bantuan-pada-bulan-mac.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2022/02/senarai-bantuan-pada-bulan-mac.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content