Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran, i-Akaun KWSP, Syarat Kelayakan, Cara Daftar i-Akaun, Semakan Lokasi Kiosk,

 

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran

Pastinya, ramai yang masih belum tahu adanya aplikasi i-Akaun yang mampu memudahkan urusan berkaitan KWSP anda. 

Untuk anda yang masih belum mempunyai i-Akaun, bolehlah anda memulakan pendaftaran tanpa perlu berurusan hal-hal berkaitan KWSP di kaunter lagi.

i-AKAUN KWSP

Manakala i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP 
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman
  • Transaksi caruman KWSP terkini

SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN

Anda haruslah memenuhi syarat kelayakan di bawah untuk dibenarkan membuat i-Akaun KWSP
  • Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

CARA DAFTAR I-AKAUN TANPA BERATUR

Berikut adalah cara daftar :

Terdahulu, anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementera di pejabat / kios KWSP tanpa beratur.
  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, imbas cap jari.
  • Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon pendaftar oleh pihak KWSP.
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan imbas cap jari sekali lagi.
  • Pilih "Semak Penyata" dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2 dan baki keseluruhan.
  • Sila muat turun aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda melalui Play Store bagi Android atau App Store bagi pengguna Ios.
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi daripada kiosk.
  • Sila masukkan nombor ID dan kata laluan baru untuk memudahkan anda.
  • Pendaftar i-Akaun berjaya.

SEMAKAN LOKASI KIOSK BERDEKATAN

  1. Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  2. Tekan bahagian "Hubungi Kami / Reach Us" dan klik di paparan "Pejabat dan Kios / Offices and Kiosks"
  3. Pilih negeri mana yang anda sedang duduki, pilih "Pihak Ketiga Kios" di bahagian Jenis dan Klik Carian.
  4. Senarai kiosk yang anda cari terpapar.

LUPA KATA LAUAN

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh ikuti panduan yang disediakan di bawah :
  • Layari laman web KWSP : www.kwsp.gov.my di carian anda
  • Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun untuk ahli
  • Tekan Lupa ID / Kata Laluan
  • Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  • Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
  • Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang disediakan
  • Cipta kata laluan baharu
  • Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar
  • Selesai

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Pegeluaran 10k ini jika tak buat iakaun dan tak buat semakkan tak akan dapat 10k yg pohon takkan dapat aplay walaupun ada duit simpanan..sebb saya tak mohon i akaun dan semakkan sebb saya ddk pendalaman kk..kenderaan pun tiada kena kluar jln kaki kejln besar..2015 saya ada buat semakkan masih ada simpanan..pm ada kata ka tak ada i akaun dan tidak semakkan tak akan dapat..betul ka..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak betul tu saudara . Iakaun hanya sebagai portal atau apps untuk kita tgok apa2 update berkenaan tabung kwsp kita saje .kalau xada & jauh utk ke pejabat kwsp saudara jgn risau . Pengeluaran 10k yg terbaru nanti akan ada web rasmi dari kwsp sbg tapak untuk kita uruskan pengeluara tu . Sama macam ilestari ,isinar dulu kan . Maaf sy bocorkan info rahsia dari meeting staf kwsp putrajaya ptg td . Hehehe senyap2 ye

      Padam
    2. bermakna tak perlu lah buat i akaun..kenapa ada yang kata wajib.. kalau tak.. tak dapat buat pengeluaran 10k..mana yang betul sebenarnya..

      Padam
  2. Kene tunggu 1april laa yer...

    BalasPadam
  3. Sy tak boleh nk semak jumlah akaun 1&2 kwsp sy melalui i-akaun. Setiap kali sy log masuk akan keluar mesej "User Not Valid". Nk ke pjbt kwsp mkn masa sbb seorg pengasuh kanak2. Sy x boleh bawa budak2 bersama atau tinggalkan mereka dgn kedua org tua sy. Mereka warga emas. Hanya ini jln yg paling mudah utk sy buat semakan. Mcm mana ya?

    BalasPadam
  4. Saya tak boleh daftar iakaun scr online. Lepas masukkan maklumat seperti yg diminta utk mendaftar, keluar maklumat tidak sepadan. Masalahnya maklumat yg sy masukan adalah sama dan tidak berubah.

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,6,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,6,Bantuan,372,Bantuan Bukan Kerajaan,4,Belanjawan 2021,15,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,268,IPT,9,JaminKerja,1,Jawatan Kosong,18,JKM,5,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,82,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,14,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,1,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,35,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran
Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran
Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Tanpa Beratur Untuk Memudahkan Pengeluaran, i-Akaun KWSP, Syarat Kelayakan, Cara Daftar i-Akaun, Semakan Lokasi Kiosk,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0c_yDbBp9MEMVkH0xcllvH9RrMKbSFa8tUmFDkNPHK3v8D63WJmKHWmqYdi4YLE7flz_gI89wdEuG2fq_CpuUNqu6QS_VVUXCNPgq52IE2frCV6H34FxqeyWe3IaapzkbTWkv0GS90EglxWym_vtrHsKLuVjknidThaKu_r7NEum9r1-MGl_5qsp6-g/s16000/IAKAUN%20KWSP%20TANPA%20BERATUR.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0c_yDbBp9MEMVkH0xcllvH9RrMKbSFa8tUmFDkNPHK3v8D63WJmKHWmqYdi4YLE7flz_gI89wdEuG2fq_CpuUNqu6QS_VVUXCNPgq52IE2frCV6H34FxqeyWe3IaapzkbTWkv0GS90EglxWym_vtrHsKLuVjknidThaKu_r7NEum9r1-MGl_5qsp6-g/s72-c/IAKAUN%20KWSP%20TANPA%20BERATUR.png
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2022/03/cara-daftar-i-akaun-kwsp-tanpa-beratur.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2022/03/cara-daftar-i-akaun-kwsp-tanpa-beratur.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content