Kerajaan Sedia Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Rakyat Melalui i-Ceria

Kerajaan sedia benarkan pengeluaran wang KWSP Rakyat melalui i-Ceria, RM 10,000 Akaun 1, Cadangan pengeluaran, memorandum

 

Kerajaan sedia benarkan pengeluaran wang kwsp rakyat

Kuala Lumpur : Kerajaan diminta membenarkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-Ceria.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca COVID-19.

RAKYAT TERDESAK MENERUSKAN HIDUP

Ini kerana, katanya, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan 'Keluarga Malaysia' dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.

"Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

KERAJAAN PERLU MEMAHAMI KELUHAN RAKYAT

"Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah 'Keluarga Malaysia'.

"Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat 'Keluarga Malaysia'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tuntutan pengeluaran i-Ceria itu menerima sokongan wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).

PEMBUKAAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN

Dalam pada itu, Salim mencadangkan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, selari titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencapai matlamat pemulihan industri pelancongan dan bidang berkaitan secara holistik.

"Meskipun ketika ini pelancongan domestik dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun ia masih belum memadai untuk membantu sektor lain berkait rapat dengan bidang pelancongan.

"Tumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada pelancongan domestik sahaja. Sudah tiba masanya, negara mengorak langkah dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan pelancong asing," katanya.

MEMORANDUM PENGELUARAN RM 10,000 SIMPANAN KWSP

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM 10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

Ini kerana, katanya, beliau difahamkan tuntutan berkenaan dibantah segelintir menteri selepas cadangan itu dikemukakan Ismail Sabri pada mesyuarat kabinet.

"Saya menyokonh apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.

"Ini terutamanya, selepas kejadian banjir, COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka... yang tak berniaga selama dua tahun, mereka sudah pun hilang modal untuk bermula semula.

"Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini... apa yang mereka hendak makan," katanya.

Sumber : Berita Harian

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Sye benar2 mnghrap prdana mntri dpt membnarkn n meluluskn pngluaran KWSP scra one Off Rm10,000 dgn secpt mngkin.kami NK keluarkn duit Kami hak kami.knp prlu n knp NK sekat2???knp SUSAH Sgat Kami NK keluarkn n ambik duit Kami hak Kami sndri??Kami warganegara MALAYSIA NK ambik duit sndri pun SUSAH.kami bkn warga Asing...

    BalasPadam
  2. Kami memerlukan pergeluaran epf.ini disebabkan saya mengalami masalah kewangan.tambahan saya bekerja sebagai penjaja kecilan.tambahan lagi saya tidak dpt bekerja seperti org lain kerana telibat dlm satu kemelangan mengakibatkan kaki saya(putus edtenden pergelangan kaki).

    BalasPadam
  3. saya jgk perlukan wang KWSP utk menghantar ank saya kembali ke Universiti memandangkan ank sudah msk thn ke3 jadi dia sudah tidak blh utk msk asrama kami terpaksa mencari rumah sewa yg menggunakan kewangan yg byk kerana kami dari utara ke KL pun gunakan wang yg byk walaupun masih bekerja tapi pendapatan habis setiap bln utk belanja keluarga tiada wang lebihan utk kegunaan lain ......jadi saya berharap KWSP memudahkan pengeluaran utk saya gunakan sebaik mungkin walaupun bekerja saya masih ingin berniaga utk mencari pendapatan lebih supaya kami sekeluarga dpt meneruskan kehidupan .....

    BalasPadam
  4. Umor da 47..nk krje dgn kerajaan pon x dpt.. Warge asing senang Je krje dpt.. Aku pon x paham la Malaysia nie.. Nk luah dgn kate2 mmg la x dan langsung.. Nk Je aku semue gn org yg x bg kua duit nie.. Ckp kt die dpn2 dgn bahase Melayu.. Sbb dieorg nie Melayu.. Aku ade 70k..ank nk sekolah.. Nk baya yuran.. Nk arap bini aku krje brape sen noo.. Rase mcm nk g Rusia Je krje kt sane.. Kt Malaysia umo 40 keatas mmg susah nk dpt krje.. Lg2 Klau da 2/3 tahun x buat ape krje.. Nk stat blek krje kompom bdan saket2.. Aku dlu buat krje lua yg lasak Je..serabut la semue nie.. Mngken tertekan jd nye.. Yg x de tu da mmg la x dpt kua kn... Yg ade nie.. Nk kua 10k Je.. LG pon.. Aku blanje duit tu pon untuk negare nie juga.. Bukan aku g melancong lua negare pon.. Aku bntu org sekeliling yg patut di bantu..mkn duit sesame.. Bukan pe.. Bukan semue org ade kwsp pon.. Jd yg ade nie.. Kongsi2 la kn.. LG pon.. Aku nie org islam.. Paham2 Je la kn.. X kn nk krje kt 7e tu.. Yg ngurus org islam.. Tp de jual arak.. Akidah LG nk jg.. Aku mntak kluakn Je la.. Nk tunggu tue..tak smpai tue Je nie.. Kepale serabut.. Krje payah dpt.. Malas nk luah Byk2.. Dpt jmpe dpan2 Best nie.. Hahahaha haa.. Tu Je la.. Luahan isi ati ku...

    BalasPadam

Nama

Aeon,2,Agama,6,Agro Bank,1,Audit,1,Bajet 2022,8,Bantuan,526,Bantuan Bukan Kerajaan,7,Belanjawan 2021,15,BKM,8,BPR,5,Covid-19,15,Drama,2,e-wallet,1,Ebit Lew,2,F&B,4,Fastfood,1,IN,1,Informasi,289,IPT,9,JaminKerja,1,Jawatan Kosong,18,JKM,7,Johor,19,Kedah,9,Kelantan,11,Kerajaan,82,Kerani,5,Kerjakosong,5,Kesihatan,5,KFC,1,Kilang,17,Kuala Lumpur,20,KWSP,17,Labuan,1,Maybank,3,Melaka,6,MySalam,1,Negeri Sembilan,22,Oil & gas,4,p,1,Pahang,10,Panduan,1,Pasar Raya,2,Pemandu,8,Pendidikan,4,Penerbangan,1,Pengajar,4,Penjawat Awam,1,Perak,15,Perbankan,5,Perlis,3,Pertanian,4,Perumahan,1,Pesara,1,Politik,2,Pulau Pinang,13,Puspakom,2,Putrajaya,2,Review,2,RHB,1,Sabah,20,Sarawak,15,Selangor,36,Seluruh Negeri,31,SPA,8,Swasta,125,Syarikat pengeposan,7,Telekomunikasi,5,Temuduga,1,Terengganu,10,Top Glove,2,Trending,18,Viral,3,
ltr
item
Kerjaya Semasa !: Kerajaan Sedia Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Rakyat Melalui i-Ceria
Kerajaan Sedia Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Rakyat Melalui i-Ceria
Kerajaan sedia benarkan pengeluaran wang KWSP Rakyat melalui i-Ceria, RM 10,000 Akaun 1, Cadangan pengeluaran, memorandum
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhkxDjMWCPNVKYd1f3eCVqu7LRUxAhmRyKeoI1MXaZZNr_4aCYLpgzrBVBi9q-FSRay-544Fm3Gpkqerlk42vGCLFeR0dDnKw3ScN5rkg_5pftW9HTAIbxz2wihE5IxAq-zcqVG6jarXpeCCWRJoaTyKLod7oAegaLKimbw8weS5iH_gtNJ4f6xzuhMNw=s16000
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhkxDjMWCPNVKYd1f3eCVqu7LRUxAhmRyKeoI1MXaZZNr_4aCYLpgzrBVBi9q-FSRay-544Fm3Gpkqerlk42vGCLFeR0dDnKw3ScN5rkg_5pftW9HTAIbxz2wihE5IxAq-zcqVG6jarXpeCCWRJoaTyKLod7oAegaLKimbw8weS5iH_gtNJ4f6xzuhMNw=s72-c
Kerjaya Semasa !
https://www.kerjasemasa.com/2022/03/kerajaan-sedia-benarkan-pengeluaran.html
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/
https://www.kerjasemasa.com/2022/03/kerajaan-sedia-benarkan-pengeluaran.html
true
2291011223639926336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content