Bantuan My Salam Tanpa Permohonan RM 700. Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri
Bantuan My Salam Tanpa Permohonan RM 700.
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM 700 kepada mereka dari kategori berkenaan.
Melalui insiatif program ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 mengatasi masalah melibatkan kewangan yang disebabkan oleh penyakit kronik.
Apakah itu MySalam ?
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat melalui Tabung Amanah MySalam.
BANTUAN AUTOMATIK RM 700
SYARAT KELAYAKAN
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
- Individu OKU berumur 18 tahun hingga 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
CARA MEMBUAT TUNTUTAN
- Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini
- Klik ikon TUNTUTAN, kemudian ikon PENGHANTARAN TUNTUTAN. Skrol ke bawah laman dan klik ikon TUNTUTAN HOSPITALISASI
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang MUAT NAIK untuk muat naik salinan nota discaj dan salinan dokumen pengenalan.
- Klik butang HANTAR untuk proses tuntutan
COMMENTS