Walaupun ramai yang lulus untuk pembayaran STR 2023 termasuklah STR Fasa 3 yang dikreditkan Jun lalu, masih terdapat sebilangan pemohon yang TIDAK LULUS.
Oleh hal demikian, kerajaan telah membuka permohonan rayuan untuk pemohon yang dapat status TIDAK LULUS sahaja.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Bantuan kewangan ini atau Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan kewangan yang akan dikreditkan kepada penerima dalam empat peringkat mengikut kelayakan masing-masing.
Ini adalah salah satu tugas kerajaan untuk sentiasa ambil peduli mengenai kebajikan rakyat.
RAYUAN STR 2023
Terdapat dua kategori sahaja yang layak membuat permohonan rayuan STR 2023 iaitu
- Pemohon yang berstatus tidak lulus ATAU
- Pemohon yang berstatus lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan rayuan bagi bantuan kewangan hingga RM 2500 bermula 3 Julai hingga 31 Julai ini.
KAEDAH PERMOHONAN
Terdapat dua kaedah yang boleh diikuti bagi individu yang ingin membuat rayuan permohonan.
1. Permohonan secara online
- Portal Rasmi STR LHDNM
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store
2. Permohonan melalui borang
- Penghantara borang rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan
BANTUAN KEWANGAN STR 2023
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bukan semua kategori layak terima bantuan kewangan RM 2,500 berkenaan.
Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing
KATEGORI ISI RUMAH
BERPENDAPATAN RM 0 - RM 2,500
- 0 Anak - RM 1,000
- 1-2 Anak - RM 1,500
- 3-4 Anak - RM 2,000
- 5 ke atas - RM 2,500
BERPENDAPATAN RM 2,501 - RM 5,000
- 0 Anak - RM 500
- 1-2 Anak - RM 650
- 3-4 Anak - RM 1,000
- 5 ke atas - RM 1,250
WARGA EMAS SEBATANG KARA - 60 TAHUN KE ATAS
- RM 600
BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 - RM 2,500)
- RM 350
BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 - RM 2,500)
- RM 350
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Kategori Isi Rumah RM 0 - RM 2,500
- Tiada anak - RM 300
- 1 Hingga 2 - RM 400
- 3 Hingga 4 - RM 600
- 5 Dan Ke Atas - RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 - RM 5,000
- Tiada Anak - Tiada bayaran
- 1 Hingga 2 - RM 150
- 3 Hingga 4 - RM 200
- 5 Dan Ke Atas - RM 250
Bujang, Bujang OKU & Warga Emas
- RM 100
TARIKH BAYARAN
Perdana Menteri umumkan bahawa STR Fasa 3 akan dibayar pada 26 Jun 2023. Walau bagaimanapun, pada Jumaat 23 Jun terdapat sebilangan penerima sudah menerima bayaran STR Fasa 3.